Friday, August 14, 2009

ANWAR MEMANG PENGKHIANAT, PEROSAK BANGSA MELAYU

KEPIMPINAN Pas menyatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah pejuang bangsa dan menuduh UMNO sengaja membuat fitnah ke atas `petualang Melayu' itu kerana dia kononnya dilihat semakin mendapat sokongan rakyat.

Sedar atau tidak, sebenarnya Anwar semakin kurang pengaruh terutama di kalangan orang Melayu. Memang benar, Anwar adalah PENGKHIANAT MELAYU dan PEROSAK BANGSA dengan tingkah laku yang sumbang dan tidak bermoral.

Lidah bercabang-cabang dengan berdalih-dalih dalam setiap percakapan dan ucapan. Anwar sebenarnya adalah antara orang yang bersetuju dan mendesak seorang pengganas Komunis bernama Chin Peng supaya dibenarkan masuk dan mendiami semula di Malaysia.

Anwar adalah antara orang yang `mencipta' politik wang di Malaysia. Anwar antara orang yang suka memburukkan negara di mata dunia. Semua kerja buruk dan busuk Anwar ini telah diketahui oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Hanya segelintir saja yang kononnya setia demi kepentingan peribadi sama nakkan jawatan, nakkan kuasa, nak balas dendam atau tak dapat tempat dalam UMNO atau BN.

Orang-orang inilah yang memukul canang ke hulu ke hilir membela PETUALANG MELAYU itu dan ia pula disambut oleh Pas dan DAP. Pas tidak sedar diri bahawa mereka kini menjadi kuda tunggangan. DAP pula mengambil kesempatan kerana bagi mereka, inilah masanya dan ruang yang ada untuk mengikis kuasa orang Melayu.

Kesimpulannya, orang Melayu diperkuda, orang Melayu ditunggang, orang Melayu dipergunakan. Lihat saja apa yang dilakukan DAP kepada orang Melayu dan Islam di Selangor, apa yang dibuat DAP di Pulau Pinang, apa yang dibuat DAP di Negeri Sembilan dan apa yang dibuat DAP di Perak?? Semuanya perlekehkan Melayu dan agama Islam.

Tetapi, ramai di kalangan Melayu yang masih tak sedar. Anwar kini kebanyakkannya disokong dan diampu oleh bukan Melayu dalam PKR. PKR kini hanya pemimpin besarnya saja orang Melayu, tetapi semangat dan jiwa partinya langsung tidak ada nilai-nilai Melayu dan Islam.

Pas hanya menumpang untuk mencari kekuatan politik dan kuasa tanpa menimbangkan nasib bangsa dan agama. Sedarlah wahai saudara sebangsaku... Janganlah kita diperbodohkan oleh pemimpin seperti Anwar Ibrahim yang nyata telah memperalatkan kita untuk kepentingan politik diri serta cita-citanya selama ini.

NIK AZIZ SOKONG HINA ISLAM

NIK Aziz buat hal lagi.. Pemimpin yang mengaku Tok Guru dan Ulama Islam di akhir zaman ini buat pengakuan yang mengelirukan lagi. Dah banyak perkara yang diperakui benar dan bersubahat dengan golongan bukan Ilsam untuk mengutuk dan menghina Islam.

Walaupun mereka digelar Tok Guru dan Ulama, tapi pandangan dan pendapatnya amat mengelirukan dan merosakkan Islam serta mampu menggoncang aqidah orang Islam.

Semua ini hanya demi kepentingan kuasa dan politik puak tertentu. Kerana gila kuasa dan demi membela dengan membabi buta kepada kelompok bersekutu, pemimpin yang digelar Tok Guru dan Ulama ini sanggup menggadai bangsa dan agama mereka sendiri.

Kalau di negara-negara Islam tertentu, jika perbuatan penghinaan Islam seperti ini berlaku, pasti akan berlaku penentangan yang hebat oleh rakyat mereka. Tetapi amat malang bagi umat Islam di negara ini kerana ada tokoh yang mengaku pejuang dan pembela Islam, bersubahat dengan puak-puak yang menghina Islam.

Apa yang pelik dan teramat pelik, masih ada lagi umat Islam yang setuju dan menyokong pimpinan Tok Guru ini. Tak Tahu la... apa nak jadi dengan umat Islam sekarang... orang hina Islam pun masih diberi sokongan hanya kerana gila kuasa. Demi kepentingan parti, mereka sanggup menggadaikan agama.

Thursday, August 13, 2009

PEMBANGKANG = PENCETUS PERPECAHAN, PEMECAH BELAH UMMAH DAN RAKYAT

SETELAH lebih 52 tahun kerajaan merancang, menyusun, mengatur dan melaksanakan pelbagai program untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, muhibbah dan saling menghormati.

Tetapi, sejak PRU 12 lau, selepas parti pembangkang menang serta memerintah beberapa buah negeri, usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat yang bermusuhan mula digerakkan dan ditiup oleh beberapa parti pembangkang berkenaan.

Keharmonian dan perpaduan kaum cuba dirosakkan. Bermula dengan mencerca Raja-raja Melayu, mempertikaikan Perlembagaan Negara, memperlekehkan orang Melayu dan akhir-akhir ini menghina agama Islam.

Ini adalah bunga-bunga perpecahan kaum yang disemaikan oleh parti pembangkang. Yang peliknya, dalam semua isu-isu yang memalukan ini, ada `duri dalam daging' di kalangan pemimpin-pemimpin Melayu sendiri yang bersama-sama bersekongkol dengan gerakan ini.

Mereka pula bersetuju dan memberikan sokongan pula kepada usaha-usaha memburukkan bangsa dan agama mereka sendiri. Apa jenis manusia/kaum ni?? Hanya berkepentingan politik dan gila kuasa.. sanggup bersekongkol dengan puak-puak yang menghina agama, Raja dan bangsa. Malah, sanggup jadi pejuang di barisan hadapan dalam usaha-usaha mencerca, memburuk dan menghina agama, Raja dan bangsa sendiri.

Wahai pemimpin Melayu,... renungkan apa yang berlaku di Pulau Pinang... apa yang berlaku di Negeri Sembilan.... apa yang berlaku di Kedah.... apa yang berlaku di Perak... bangsa dan agama kita disindir, diperleceh, dipertikai, dihina dan diperlekeh..

Apakah buta mata dan hati pemimpin Melayu dengan semua ini?? Tuntutan maaf dan tidak mengaku boleh dibuat tetapi, tetapi hasrat dan cita-cita yang menghina dan mencela telah terlaksana... apakah kita tidak sedarrr??????

Wednesday, August 12, 2009

ANWAR PENDERHAKA, PENGKHIANAT BANGSA

ANWAR Ibrahim sekali lagi cuba mengalih perhatian ramai dengan menafikan beliau pengkhianat bangsa, sepertimana diutarakan Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin. Realitinya, perbuatan dan ucapan Anwar adalah jelas untuk dituduh sebagai pengkhianat bangsa.

Anwar cuba berdalih dan meletakkan segala permasalahan kepada kerajaan. Beliau dan kuncu-kuncunya saja yang betul dan pihak yang tidak bersekutu dengan beliau adalah salah dan tak betul.

Baru-baru ini, diwar-warkan nak saman TPM beratus juta ringgit kerana memfitnah beliau, tetapi sekarang tak nak layan pula tuduhan-tuduhan terhadap beliau. Itulah gaya Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya. Mereka cuba mereka dan mewujudkan sesuatu bagi mengalihkan perhatian terhadap kesalahan yang dilakukan.

Memang Anwar PENDERHAKA dan PENGKHIANAT BANGSA. Di hadapan kelompok Melayu cakap lain, depan bukan Melayu cakap lain pula, hanya bertujuan untuk mendapatkan sokongan tanpa mengambil kira bangsa sendiri tergadai dan terhimpit, asalkan cita-cita beliau tercapai dan mendapat kuasa tanpa mengira nasib bangsa dan agama sendiri.

Itulah perangai manusia yang dikenali sebagai Anwar Ibrahim.!!

Tuesday, August 11, 2009

LOKE BERSANDIWARA LAGI

DAP, melalui Ketua Pemudanya, Loke Siew Fook bersandiwara lagi. Beliau menafikan kenyataan menghina Islam melalui laman blognya dan menuduh pihak lain yang cuba mengambil kesempatan untuk memburukkan beliau.

Tetapi, mengapa setelah banyak bantahan, teguran dan amaran baru dia nak menafikan? DAP cuba menjolok sarang tebuan dan apabila dia disengat dan orang lain disengat, tak mengaku pula kerja bahawa dia menjolok sarang tebuan itu.

Ini adalah kerja `sahabat baik' Pas. Perkara yang sama berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Dah hina, kutuk agama suci Islam, tetapi cuba cari alasan lain dan tak mengaku pula menghina dan mengutuk Islam.

Kepada Pas, cubalah muhasabah diri dan ingatlah seburuk-buruk saudara seagama tidak akan sanggup menghina saudara seagama yang lain. Tapi rakan sepakat yang kononnya baik, tapi menghina dasar perjuangan Pas sendiri. Di mana dasar dan pendirian Pas dalam keadaan begini??

Monday, August 10, 2009

MP RASAH, LOKE SIEW FOOK HINA ISLAM, RAJA MELAYU

SETELAH PUAS menghina agama Islam dan pendakwah, Dr. Ridhuan Tee Abdullah beberapa hari lalu, kini Ketua Pemuda DAP Kebangsaan yang juga Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook di dalam blognya The Might of Pen dengan penuh biadab menghina pula Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Dr. Nazrin Shah dengan gelaran `nyanyuk' dan `menanti untuk menjadi ahli neraka'.

Bagi saya, inilah pemimpin pembangkang yang mungkin menjadi keagungan Nik Aziz Nik Mat, Hadi Awang, Nizar, Husam dan sekutu Pas yang kononnya hendak memperjuangkan Islam. Apabila Loke dalam blognya mencemuh Islam dengan kata-kata “has everything be reduced to your fucking religion (Islam)” yang ditujukan kepada Dr Ridhuan,tiada seorang pun pemimpin Pas yang hendak mempertahankan Islam serta membela pendakwah itu.

Diterjemahkan, jika pemimpin Pas terlalu jahil untuk faham kata-kata hina Loke itu : “Has everything be reduced to your fucking religion” bererti "Apakah semua mesti menurut agama pu*****awak itu (iaitu agama Islam)?”. Loke jelas mencemuh lagi Dr. Ridhuan dengan kata-kata "If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters". "Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis Cina Muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak)".

Dalam perkara ini, saya teringat kepada Adun Pas DUN Titi Serong, Perak Drs. Khalil Idham Lim Abdullah yang mualaf. Adakah beliau itu perompak atau penjenayah?

Saya difahamkan kelmarin, Loke tanpa rasa serik telah menghina pula DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan kata-kata “sudah nyanyuk”. Raja Muda Perak, Dr. Nazrin Shah pula difatwakan oleh Loke ini `sedang menanti untuk menjadi ahli neraka, “merompak” hak rakyat dan “bengap dan biul”.

Justeru, saya amat kesal dengan kenyataan menghina Islam dan Melayu dan sehingga kini saya dapati hanya pemimpin dan ahli UMNO saja yang membantah kenyataan biadap Loke itu, sedangkan pemimpin Pakatan Rakyat lain seperti PKR dan Pas hanya duduk `membisu seribu bahasa'. Dalam perkara ini, tak guna kita mengharapkan mereka untuk membela Islam lagi. Hina sangat agama Islam dan Raja-Raja Melayu di kacamata DAP, tetapi DAP dilihat cemerlang dan gemilang di kacamata Pas dan PKR.

Sehingga kini, Loke telah memadamkan kedua-dua blognya, walaupun mesej jahatnya itu telah tersebar ke seluruh dunia. Di bawah ini, bacalah penghinaan Loke terhadap DYMM Sultan Perak dan DYTM Raja Muda Perak dipetik dari www.selamatkanperak.com.

"Nazrin the son of the senile ruler of Perak, take note that democracy is a principle whereby the control of authority comes from the public, and ruler and non-ruler are the same. Even though there is no specific, universally accepted definition of democracy, there are two principles that any definition of democracy includes. The first principle is that all citizens, not invested with the power to govern, have equal access to power and the second that all citizens enjoy legitimized freedoms and liberties.

When these basic freedoms and liberties are robbed of the people, then the only civilized course of action by any responsible citizen who cares about his nation, is to ensure that his voice is heard loud and clear! Get this straight into your ever conniving brain! When injustice becomes law, rebellion becomes duty! If rebellions become the order of the day, the nation is simply ruled by the criminals and the corrupt. Ask yourself whether you and your family members including your ‘guardian angel’, the Agong Najib, have plundered the nation’s wealth and robbed the poor of a bare minimum standard of living!

It is a pity that only in Malaysia, even the right to a peaceful demonstration is robbed of the people! What’s worst, the peaceful demonstrations are converted into lawless mobs by ‘peacekeepers’ who are supposed to protect the peace of this nation.

Nazrin the illegal seller of Perak: Saintly words should never be uttered by a person who has lost all sanity! If you still insist in building an impossible bridge between two mountains, just for that clap of your ‘creativity’, then let us warn you that our actions too will have far reaching consequences; we will destroy those mountains to mere ashes, and stuff your filthy mouth with the last peck of that dust and prepare you for your last journey to the gates of the condemned hell!"

Dan lebih `hebat' tulisan Loke itu begini :

June 11, 2009
AZLAN, THE KING COBRA OF PERAK!
Filed under: ARTICLES 11/06/2009, conspiracy, politics — sjsandteam @ 16:26
Tags: AZLAN, THE KING COBRA OF PERAK!

"Azlan of Perak said today any move which questions the interests of the Malays and Bumiputeras in terms of scholarships and places of study not only violates the fundamental provisions in the federal and state constitutions but also questions the sovereignty of the Yang di-Pertuan Agong and the Malay Rulers. He said Clause 2 of Article 153 of the Federal Constitution provided the King with specific powers to safeguard the interests of the Malays as well as the Bumiputeras in Sabah and Sarawak in terms of scholarships and places of study.

He also said that Article 27 (b) (2) of the Perak State Constitution provided a similar responsibility to the Ruler of Perak. "These matters enshrined in the Federal Constitution and the state constitution are agreements achieved collectively in the spirit of give and take and the spirit of understanding and respect among the leaders representing the interests of the various races at the time of negotiating the nation’s independence.

"The agreements were achieved among the leaders of the various races, the British government and also the Malay Rulers," he said when opening a Discourse on Knowledge at the Perak Islamic Administration Institute, here. Also present was his son Nazrin.

Azlan said the leaders of the country had the political responsibility and statesmanship to respect the fundamentals which formed the pillar of sovereignty of an independent nation as well as the fundamentals which formed the root of harmonious racial relations, fundamentals which were agreed upon at the time the nation was formulating the Merdeka constitution.He said a deviation from the original spirit would surely cause anxiety and drag the nation into a situation of uncertainty.

"At the same time, the fundamentals of the agreement should not at all be abused at the implementation stage so as to make any race feel that it has been oppressed. "In accordance with the role of the throne as the source of justice, it is also the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong and the Rulers in every state to ensure that the legitimate interests of the other races are also safeguarded," he said. Azlan said practices which deviated from the principles of justice should not be allowed to take place because every legitimate citizen should be accorded appropriate justice.

The Mighty Pen says to Azlan the traitor of the Malaysian people: What a clever choice of words drafted by none other than your own son, Nazrin. A cunning way to confuse the various races of this country. The non-Malays are not questioning the rights of the Malays, but they are voicing their own rights. Who is stopping the Malays from getting scholarships? Who is linking the scholarship issue to the sovereignty of rulers? What a jerk you are Azlan of Perak! You the senile Ruler of Perak trying to fan racial sentiments amongst the various races of this country! Your constant fall back to the rules of the ancient times speak a lot about your crooked thoughts. You call yourself the Ruler of the people, but you have failed miserably to address the concerns of the population of your very own state!

Footnote; Please pass this message to your son Nazrin: Apart from Malay culture and heritage which emanate from the palaces of Malaysia, as claimed by Nazrin in one of his recent speeches; the palaces of Malaysia are also responsible in teaching the youth of this country how to commit sexual abuses of various kinds. In short the sadistic palaces of Malaysia must be destroyed once and for all, from the face of this earth!

Thursday, August 6, 2009

NISFU SYA'BAN

SEKADAR renungan bersama.. Hadis Nabi Muhammad S.A.W : "Malaikat Jibrail datang kepada Nabi pada malam Nisfu Sya'ban seraya berkata : "Wahai Muhammad, pada malam ini segala pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, bangun dan solatlah serta banyakkan berdoa."

Nabi Muhammad S.A.W bertanya kepada Jibrail : "Wahai Jibrail, malam apakah ini?". Jawab Jibrail : " Malam ini dibuka 600 pintu rahmat, Allah mengampuni segala kesalahan orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu."
Nabi Muhammad S.A.W pun keluar lantas menunaikan solat dan menangis dalam sujudnya, lalu berdoa: "Ya Allah, aku berlindung dari azab seksa dan kemurkaan Mu, tiada aku lupa segala puji-pujian kepada Mu sebagaimana Engkau telah memuji diri Mu. Maka, bagi Mu lah segala puji-pujian itu hingga Engkau redha."

Sehubungan itu, saya mengingatkan diri saya dan semua muslimin serta muslimat, agar mempertingkatkan amalan dan solat sunat, membaca al-Quran, selawat, zikir, berdoa dan amalan ibadah lain. Jika berkesempatan, bacalah surah Yasin serta berpuasa keesokannya.

Jika badan disihatkan Allah, beribadahlah sekadar termampu. Mudah-mudahan amalan dan usaha kita itu diberkati Allah S.W.T. - Amin...