Sunday, April 19, 2009

KURANGKAN PEPERIKSAAN AWAM, CADANG PMR DIMANSUHKAN.

SAYA mencadangkan supaya peperiksaan awam bagi anak-anak sekolah dikurangkan. Sekarang, ada tiga kategori peperiksaan awam yang utama iaitu UPSR, PMR, SPM. Memadai dengan dua saja iaitu UPSR dan SPM.

Ia selaras dengan dasar kerajaan menyediakan / menentukan sekurang-kurangnya 11 tahun setiap rakyat Malaysia mesti berada di alam pembelajaran / pendidikan.

Di peringkat UPSR, boleh digunakan untuk menetukan aliran / jenis persekolahan bagi anak-anak dan di peringkat SPM pula, boleh digunakan untuk menentukan aliran / jenis pengajian lanjutan atau jenis pekerjaan bagi anak-anak.


Dengan ini, dapat mengurangkan perbelanjaan menguruskan peperiksaan dan dapat menambah tempoh / jam pembelajaran bagi anak-anak.

TAK PAYAH SERTAI PRK DUN PENANTI

SAYA amat-amat bersetuju sekiranya Barisan Nasional (BN) tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil DUN Penanti. Ini selaras dengan saranan kerajaan bahawa pihal raya kecil yang diadakan tanpa sebab dan alasan yang munasabah tidak perlu diadakan.

Walaupun BN sebuah parti yang besar dan parti yang membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan, tetapi tidak jadi masalah jika BN tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya seperti di Penanti.


Mungkin kewibawaan dan maruah BN sedikit tercabar, tetapi mana yang lebih penting, sama ada kepentingan rakyat diutamakan atau hanya kepentingan politik yang nak dijaga.


Rakyat tahu apa yang kerajaan BN buat, selaras dengan motto YAB Perdana Menteri iaitu 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


Pada saya, biar pihak-pihak tertentu syok dendiri dengan gelombang populariti murahan yang digerakkan mereka.

PENDEKATAN 6M PATUT DISOKONG

SAYA menyokong cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar General (B) Jamil Khir Baharom yang mewujudkan pendekatan Prinsip 6M iaitu Musyatarah (menepati syarat kejayaan) Mua'tabah (menghakis sifat-sifat buruk) Mu'aqabah (mengekalkan tindakan yang benar) Muraqobah (mengawal diri secara berterusan) Muhasabah (menilai diri) dan Muhajadah (bersungguh-sungguh).

Bagi saya, ia sewajarnya disambut baik dan disokong oleh semua pihak dengan hati yang terbuka kerana ia adalah sebagai panduan dan asas pencapaian kepada semua agensi Islam bagi mencapai kejayaan.

Saya percaya, berasaskan prinsip-prinsip ini, kewibawaan, kemantapan dan kecemerlangan agensi Islam dapat dicapai dan semua agensi-agensi yang lain dalam semua aspek, sama ada pengurusan pentadbiran, pengurusan perkhidmatan, pengurusan harta, pengurusan kebajikan dan semua aspek kehidupan ini.

Kalau semua pihak dapat bersama dalam memahami, menjiwai, merealisasi dan melaksanakan dasar-dasar prinsip ini, saya percaya kita semua akan dapat mengembalikan semula kecemerlangan
dan kegemilangan Islam seperti terpahat dalam sejarah satu ketika dulu.

PEMBAZIRAN : TAK PERLU ADAKAN PILIHAN RAYA KECIL

SAYA amat bersetuju dengan saranan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa pilihan raya kecil yang diadakan selepas PRU ke-12 tanpa sebab yang menasabah adalah satu pembaziran rakyat dan pembaziran tenaga kerja.

Sepatutnya, wang tersebut boleh dimanfaatkan untuk tujuan dan kepentingan rakyat, khasnya dalam keadaan ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu dan tidak stabil ketika ini.

Sepatutnya, semua pihak perlu memahami keadaan ini dan bersama dengan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara seperti hasrat masing-masing iaitu untuk membela nasib semua rakyat.

Tetapi, nampaknya ada pihak yang cuba memperkuatkan pengaruh mereka dengan memperkudakan isu ekonomi ini bagi menggapai kekuatan mereka tanpa menimbangkan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.


Semua pihak perlu sedar akan agenda pihak-pihak tertentu ini. Mereka tidak memikirkan kepentingan rakyat, tetapi mementingkan matlamat mereka saja.

Tidak perlu diadakan pilihan raya kecil sekiranya kerusi itu dikosongkan sesuka hati saja. Mereka yang diberi kepercayaan dalam pemilihan perlu terus berkhidmat dan atasi segala masalah secara berhemah. Bukannya lari dari masalah dengan meletakkan jawatan semudah-mudanya.