SEMUA Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kawasan DUN Serkam, menerima peruntukan antara RM3,000 hingga RM9,000 bagi membolehkan mereka menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di kampung masing-masing.
Peruntukan itu bagi membolehkan semua JKKK melaksanakan aktiviti dengan membabitkan semua anggota masyarakat tanpa mengira fahaman politik dan agama kerana dengan cara itu akan mengeratkan lagi hubungan setiakawan dan silaturahim antara penduduk.
Saya berharap, JKKK dapat mengagihkan kepada semua komuniti serta persatuan yang ada di kawasan masing-masing bagi membolehkan pelbagai aktiviti, termasuk keagamaan dijalankan secara berkesan.
Wang peruntukan terbabit juga perlu dibelanjakan secara berhemah dan setiap aktiviti yang dianjurkan pula perlu membabitkan semua anggota masyarakat kampung.
Lakukanlah aktiviti yang bermanfaat untuk semua kerana ia akan memberi kesan positif kepada masyarakat keseluruhannya.