Wednesday, August 12, 2009

ANWAR PENDERHAKA, PENGKHIANAT BANGSA

ANWAR Ibrahim sekali lagi cuba mengalih perhatian ramai dengan menafikan beliau pengkhianat bangsa, sepertimana diutarakan Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin. Realitinya, perbuatan dan ucapan Anwar adalah jelas untuk dituduh sebagai pengkhianat bangsa.

Anwar cuba berdalih dan meletakkan segala permasalahan kepada kerajaan. Beliau dan kuncu-kuncunya saja yang betul dan pihak yang tidak bersekutu dengan beliau adalah salah dan tak betul.

Baru-baru ini, diwar-warkan nak saman TPM beratus juta ringgit kerana memfitnah beliau, tetapi sekarang tak nak layan pula tuduhan-tuduhan terhadap beliau. Itulah gaya Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya. Mereka cuba mereka dan mewujudkan sesuatu bagi mengalihkan perhatian terhadap kesalahan yang dilakukan.

Memang Anwar PENDERHAKA dan PENGKHIANAT BANGSA. Di hadapan kelompok Melayu cakap lain, depan bukan Melayu cakap lain pula, hanya bertujuan untuk mendapatkan sokongan tanpa mengambil kira bangsa sendiri tergadai dan terhimpit, asalkan cita-cita beliau tercapai dan mendapat kuasa tanpa mengira nasib bangsa dan agama sendiri.

Itulah perangai manusia yang dikenali sebagai Anwar Ibrahim.!!