Tuesday, August 11, 2009

LOKE BERSANDIWARA LAGI

DAP, melalui Ketua Pemudanya, Loke Siew Fook bersandiwara lagi. Beliau menafikan kenyataan menghina Islam melalui laman blognya dan menuduh pihak lain yang cuba mengambil kesempatan untuk memburukkan beliau.

Tetapi, mengapa setelah banyak bantahan, teguran dan amaran baru dia nak menafikan? DAP cuba menjolok sarang tebuan dan apabila dia disengat dan orang lain disengat, tak mengaku pula kerja bahawa dia menjolok sarang tebuan itu.

Ini adalah kerja `sahabat baik' Pas. Perkara yang sama berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Dah hina, kutuk agama suci Islam, tetapi cuba cari alasan lain dan tak mengaku pula menghina dan mengutuk Islam.

Kepada Pas, cubalah muhasabah diri dan ingatlah seburuk-buruk saudara seagama tidak akan sanggup menghina saudara seagama yang lain. Tapi rakan sepakat yang kononnya baik, tapi menghina dasar perjuangan Pas sendiri. Di mana dasar dan pendirian Pas dalam keadaan begini??

No comments: