Sedar atau tidak, sebenarnya Anwar semakin kurang pengaruh terutama di kalangan orang Melayu. Memang benar, Anwar adalah PENGKHIANAT MELAYU dan PEROSAK BANGSA dengan tingkah laku yang sumbang dan tidak bermoral.
Lidah bercabang-cabang dengan berdalih-dalih dalam setiap percakapan dan ucapan. Anwar sebenarnya adalah antara orang yang bersetuju dan mendesak seorang pengganas Komunis bernama Chin Peng supaya dibenarkan masuk dan mendiami semula di Malaysia.
Anwar adalah antara orang yang `mencipta' politik wang di Malaysia. Anwar antara orang yang suka memburukkan negara di mata dunia. Semua kerja buruk dan busuk Anwar ini telah diketahui oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Hanya segelintir saja yang kononnya setia demi kepentingan peribadi sama nakkan jawatan, nakkan kuasa, nak balas dendam atau tak dapat tempat dalam UMNO atau BN.
Orang-orang inilah yang memukul canang ke hulu ke hilir membela PETUALANG MELAYU itu dan ia pula disambut oleh Pas dan DAP. Pas tidak sedar diri bahawa mereka kini menjadi kuda tunggangan. DAP pula mengambil kesempatan kerana bagi mereka, inilah masanya dan ruang yang ada untuk mengikis kuasa orang Melayu.
Kesimpulannya, orang Melayu diperkuda, orang Melayu ditunggang, orang Melayu dipergunakan. Lihat saja apa yang dilakukan DAP kepada orang Melayu dan Islam di Selangor, apa yang dibuat DAP di Pulau Pinang, apa yang dibuat DAP di Negeri Sembilan dan apa yang dibuat DAP di Perak?? Semuanya perlekehkan Melayu dan agama Islam.
Tetapi, ramai di kalangan Melayu yang masih tak sedar. Anwar kini kebanyakkannya disokong dan diampu oleh bukan Melayu dalam PKR. PKR kini hanya pemimpin besarnya saja orang Melayu, tetapi semangat dan jiwa partinya langsung tidak ada nilai-nilai Melayu dan Islam.
Pas hanya menumpang untuk mencari kekuatan politik dan kuasa tanpa menimbangkan nasib bangsa dan agama. Sedarlah wahai saudara sebangsaku... Janganlah kita diperbodohkan oleh pemimpin seperti Anwar Ibrahim yang nyata telah memperalatkan kita untuk kepentingan politik diri serta cita-citanya selama ini.
2 comments:
YB sedar tak kenapa persempadanan semula kaw. pilihanraya dibuat selepas tahun 1999 terutama di utara semenanjung..?
Sebab UMNO gila kuasa sangat sampai sanggup menggadaikan kaw. majoriti melayu dgn menaikkan peratusan kaum cina/india semata-mata nak nafikan pengaruh PAS. Sekarang ni senjata makan tuan ..baru padan muka!
Ini fakta yer YB bukan macam pandangan hentam keromo YB terhadap Anwar..
saya rasa kalau YB debat dgn Anwar ntah2 YB akan dicop oleh penonton sebagai pengkhianat bangsa ...harap2 tidak begitulah...
dah terang2 anwar tu pengkhianat bangsa. apsal ko nak pertahankan lagi? apa hal yg ko masukkan pulak dengan gila kuasa la, hapa la. bahlol la ko nie. agak2 ahli pas n panyokong pas ni mmg bodoh nak mampos ek??
Post a Comment