Thursday, July 23, 2009

SELAMAT HARI JADI DATUK SERI NAJIB

SAYA mewakili warga DUN Serkam, mengucapkan selamat hari jadi ke-56 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak yang disambut hari ini (23 Julai).

Kami berharap dan berdoa ke hadrat Allah SWT, agar Perdana Menteri akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi Allah SWT daripada segala mara bahaya dan bencana agar beliau dapat memimpin negara dengan lebih berjaya lagi.

Warga DUN Serkam juga berdoa agar Datuk Seri Najib akan dianugerahkan kekuatan dalam usaha beliau menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini menerusi konsep '1Malaysia' yang diperkenalkannya.

Kami akan tetap memberikan sokongan dan kerjasama padu kepada Datuk Seri Najib. Semoga panjang usia dan teruskanlah misi membangunkan Malaysia.

Sejak menerajui negara 3 April lalu, kita semua dapati Datuk Seri Najib mempunyai idea yang amat baik dalam usaha membangun serta memakmurkan negara.

Dari segi ekonomi, termasuk untuk rakyat pelbagai kaum di negara ini hingga kepada pembangunan pendidikan dan kerohanian.

Pengumuman 11 hadiah mesra rakyat yang dibuat sempena hari ke-100 pentadbiran beliau, adalah sesuatu yang cukup bernilai untuk rakyat, khususnya di luar bandar. Ia bukan saja memberi gambaran bahawa Datuk Seri Najib mengutamakan kepentingan rakyat, tetapi menunjukkan bahawa beliau amat prihatin dengan segala masalah dihadapi golongan itu.

Justeru, kami warga DUN Serkam, amat berbangga dengan pencapaian yang dicapai negara sejak lebih 100 hari pemerintahan beliau dan akan sentiasa memberikan sokongan padu kepada beliau serta kepimpinan negara dan negeri untuk memajukan Malaysia tercinta ini.

"1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan - Melaka Maju 2010"