Tuesday, July 14, 2009

MANEK URAI: BN TETAP BERJAYA

WALAUPUN tidak menang, BN tetap berjaya menewaskan pemikiran pemimpin pembangkang yang selama ini yakin akan memperoleh kemenangan dengan majoriti besar.

Daripada menang pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti 1,352 undi, kini majoriti yang diperoleh pada pilihan raya kecil semalam hanya 65 undi. Bagi mereka, majoriti satu undi pun tak apa, asalkan menang.

Memang benar, tetapi di mana letaknya maruah diri. Di mana letaknya maruah parti yang sebelum ini mewar-warkan bahawa mereka akan memperoleh majoriti melebihi 2,000 undi.

Malah, SPR mengesahkan pula jumlah undi yang ditolak pada pilihan raya kecil semalam adalah sebanyak 117 undi. Jumlah itu mengatasi undi majoriti yang diperoleh calon Pas iaitu sebanyak 65 undi.

Fauzi memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz menerima 5,283 undi.

Namun, keputusan sudah dibuat dan Pas mungkin sudah boleh bermimpi, tetapi nak tidur lena mungkin tidak.. Kerana mereka sudah pasti akan buat pelbagai `bedah siasat' selepas ini dan sudah pasti BN akan dituduh dengan pelbagai tuduhan. Kalau tak percaya, lihatlah nanti.

Apa pun, tahniah Tuan Aziz kerana menjadi calon muda yang berjaya menghakis kepercayaan rakyat kepada pembangkang. Ini membuktikan penerimaan rakyat kepada pembangkang semakin pudar dan BN sudah kembali di hati mereka.

Semoga Allah memberkati kita semua.