Sunday, May 17, 2009

I.S.A UNTUK KESELAMATAN NEGARA

SAYA amat kecewa dan dukacita dengan pihak tertentu yang tak sudah-sudah mempertikaikan tindakan dan keputusan pihak kerajaan.

Contohnya, dengan membebaskan tahanan ISA setelah dipantau mereka yang berkenaan tidak lagi merbahaya dan tak mengancam keselamatan awam. Berasaskan kepada pertimbangan itu, mereka dibebaskan.

Tapi, ada yang membuat taksiran yang negatif dan tuduhan yang bukan-bukan. Semasa ditahan, dituduh kerajaan zalim. Semasa dalam tahanan, dituduh kerajaan tak adil dan didesak pula supaya membebaskan tahanan. Apabila dibebaskan dengan alasan tidak mengancam keselamatan negara, dituduh pula kerajaan ada tujuan atau agenda tertentu pula.

Jadi, semua kerajaan buat tidak betul oleh pembangkang. Kesimpulannya, apa saya yang dibuat oleh pembangkang adalah betul.

Persepsi ini kena diperbetulkan oleh pembangkang. Jangan menganggap pembangkang sempurna dari semua sudut dan ilmu.

Renungkan, ISA diwujudkan adalah untuk kawalan keselamatan awam, bukan untuk kongkong ahli politik. Hanya kebetulan tindakan sebilangan ahli politik yang boleh mengancam keselamatan awam yang ditahan.

Kalau nak kongkong ahli politik pembangkang dah tentu ramai lagi pemimpin-pemimpin pembangkang ditahan. Tetapi bukan hasrat ISA digubal untuk tujuan berkenaan.

Akta ini ada digunakan di banyak negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi, tetapi tidak dipolitikkan seperti di Malaysia ini. Kecoh sangat dibuatnya oleh pemimpin parti pembangkang.

Pihak pembangkang perlu renungkan perkara ini untuk kepentingan dan keselamatan awam dan negara. Bukan untuk kepentingan politik saja.

`BEER HALAL' : TIRU MACAM KAFIR

FIRMAN Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 90 yang bermaksud : "Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."

Berkaitan dengan ayat di atas, saya terpanggil untuk membuat ulasan mengenai senario perilaku sesetengah pihak, khususnya umat Islam di negara ini yang seolah-olah menyamai apa yang berlaku di negara Barat.

Mengapa negara Islam, masyarakat Islam dan umat Islam begitu terlalu bangga dengan minuman yang diharamkan seperti arak, bir dan lain-lain hingga mencipta sejenis minuman yang dikenali sebagai `beer halal'?.


Mereka seperti berbangga gaya minum arak, sehingga cipta minuman yang hampir sama macam arak tetapi tidak berdosa jika meminumnya. Matlamatnya adalah hanya menggayakan saja cara meminum arak walaupun airnya berbeza.

BAGI saya, ini amat mendukacitakan umat Islam dan meniru gaya hidup orang kafir. Tambahan pula, minuman `beer halal' ini dipromosikan secara besar-besaran seperti di Pameran Halal Antarabangsa 2009 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Saya difahamkan, sebuah syarikat dari Iran, Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran
minuman beer tanpa alkohol jenama dikenali sebagai ‘Istak’ dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Company.

Konsep pemasaran yang dibawa ‘Istak’ adalah ‘Drink & Drive’ yang mana pemandu tidak perlu risau untuk memandu sekiranya meminumnya kerana ia tidak memabukkan.

Malah, ‘Istak’ kaya dengan vitamin, dapat mencegah pembentukan batu karang, mengurangkan tekanan, membina tenaga, membakar lemak dan mengurangkan 10 hingga 15 peratus kolesterol dalam darah.

MELAYU PUPUS JIKA UMNO MATI

UMNO umpama denyutan nadi orang Melayu. Ia perlu terus berdenyut selagi ada manusi yang mengaku berbangsa Melayu.

UMNO adalah warisan pusaka bagi orang Melayu. UMNO pusaka keramat. Bangsa Melayu perlu menghormati dan menghargainya.

Orang melayu mesti menyokongnya kalau ingin melihat `survival' Melayu berterusan. UMNO mati, pasti bangsa Melayu akan pupus di muka bumi ini. Selamat Ulang Tahun UMNO ke-63 (11 Mei 2009)