Wednesday, May 27, 2009

14 JUN 2009, HARI YANG MENGGEMBIRAKAN


GOLONGAN nelayan di DUN Serkam kini boleh menarik nafas lega apabila Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam berjanji bahawa projek pembangunan empat jeti nelayan akan siap sepenuhnya 14 Jun 2009.

Berita gembira itu sekali gus memberi banyak manfaat kepada semua nelayan yang selama ini berhadapan dengan pelbagai masalah yang boleh menjejaskan usaha mereka mencari rezeki selain boleh merosakkan peralatan menangkap ikan.

Saya amat bersyukur, kerana projek yang menelan belanja RM15 juta itu akan boleh digunakan oleh semua nelayan serta masyarakat keseluruhannya.
Lebih menggembirakan saya apabila Ketua Menteri mengumumkan bahawa projek pembangunan Jeti Umbai sudah menerima CF atau sijil layak menduduki daripada MPJ.

Alhamdulillah, berkat sokongan kita kepada Kerajaan Barisan Nasional ini membolehkan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan.

Kita sebagai masyarakat luar bandar ini, khususnya beragama Islam, wajib bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kerajaan yang memberi pelbagai kemudahan kepada semua.