Friday, August 14, 2009

FORUM PERDANA MENJELANG RAMADAN DUN SERKAM

SEMPENA menyambut ketibaan Ramadan Al-Mubarak, JAPERUN Serkam akan menganjurkan Forum Perdana pada 14 Ogos 2009, 8.45 malam di Kompleks JAPERUN Serkam.

Ahli panel yang terlibat adalah Y.bhg Datuk Kamaruddin Zakaria; Ustazah Zawiyah Hasan dan dipengerusikan oleh Ustaz Hj Sulaiman Daud.

Tuan/Puan, Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

ANWAR MEMANG PENGKHIANAT, PEROSAK BANGSA MELAYU

KEPIMPINAN Pas menyatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah pejuang bangsa dan menuduh UMNO sengaja membuat fitnah ke atas `petualang Melayu' itu kerana dia kononnya dilihat semakin mendapat sokongan rakyat.

Sedar atau tidak, sebenarnya Anwar semakin kurang pengaruh terutama di kalangan orang Melayu. Memang benar, Anwar adalah PENGKHIANAT MELAYU dan PEROSAK BANGSA dengan tingkah laku yang sumbang dan tidak bermoral.

Lidah bercabang-cabang dengan berdalih-dalih dalam setiap percakapan dan ucapan. Anwar sebenarnya adalah antara orang yang bersetuju dan mendesak seorang pengganas Komunis bernama Chin Peng supaya dibenarkan masuk dan mendiami semula di Malaysia.

Anwar adalah antara orang yang `mencipta' politik wang di Malaysia. Anwar antara orang yang suka memburukkan negara di mata dunia. Semua kerja buruk dan busuk Anwar ini telah diketahui oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Hanya segelintir saja yang kononnya setia demi kepentingan peribadi sama nakkan jawatan, nakkan kuasa, nak balas dendam atau tak dapat tempat dalam UMNO atau BN.

Orang-orang inilah yang memukul canang ke hulu ke hilir membela PETUALANG MELAYU itu dan ia pula disambut oleh Pas dan DAP. Pas tidak sedar diri bahawa mereka kini menjadi kuda tunggangan. DAP pula mengambil kesempatan kerana bagi mereka, inilah masanya dan ruang yang ada untuk mengikis kuasa orang Melayu.

Kesimpulannya, orang Melayu diperkuda, orang Melayu ditunggang, orang Melayu dipergunakan. Lihat saja apa yang dilakukan DAP kepada orang Melayu dan Islam di Selangor, apa yang dibuat DAP di Pulau Pinang, apa yang dibuat DAP di Negeri Sembilan dan apa yang dibuat DAP di Perak?? Semuanya perlekehkan Melayu dan agama Islam.

Tetapi, ramai di kalangan Melayu yang masih tak sedar. Anwar kini kebanyakkannya disokong dan diampu oleh bukan Melayu dalam PKR. PKR kini hanya pemimpin besarnya saja orang Melayu, tetapi semangat dan jiwa partinya langsung tidak ada nilai-nilai Melayu dan Islam.

Pas hanya menumpang untuk mencari kekuatan politik dan kuasa tanpa menimbangkan nasib bangsa dan agama. Sedarlah wahai saudara sebangsaku... Janganlah kita diperbodohkan oleh pemimpin seperti Anwar Ibrahim yang nyata telah memperalatkan kita untuk kepentingan politik diri serta cita-citanya selama ini.

NIK AZIZ SOKONG HINA ISLAM

NIK Aziz buat hal lagi.. Pemimpin yang mengaku Tok Guru dan Ulama Islam di akhir zaman ini buat pengakuan yang mengelirukan lagi. Dah banyak perkara yang diperakui benar dan bersubahat dengan golongan bukan Ilsam untuk mengutuk dan menghina Islam.

Walaupun mereka digelar Tok Guru dan Ulama, tapi pandangan dan pendapatnya amat mengelirukan dan merosakkan Islam serta mampu menggoncang aqidah orang Islam.

Semua ini hanya demi kepentingan kuasa dan politik puak tertentu. Kerana gila kuasa dan demi membela dengan membabi buta kepada kelompok bersekutu, pemimpin yang digelar Tok Guru dan Ulama ini sanggup menggadai bangsa dan agama mereka sendiri.

Kalau di negara-negara Islam tertentu, jika perbuatan penghinaan Islam seperti ini berlaku, pasti akan berlaku penentangan yang hebat oleh rakyat mereka. Tetapi amat malang bagi umat Islam di negara ini kerana ada tokoh yang mengaku pejuang dan pembela Islam, bersubahat dengan puak-puak yang menghina Islam.

Apa yang pelik dan teramat pelik, masih ada lagi umat Islam yang setuju dan menyokong pimpinan Tok Guru ini. Tak Tahu la... apa nak jadi dengan umat Islam sekarang... orang hina Islam pun masih diberi sokongan hanya kerana gila kuasa. Demi kepentingan parti, mereka sanggup menggadaikan agama.