Wednesday, July 22, 2009

KE UDARA DI RADIO MALAYSIA MELAKA FM

SAYA akan ke udara di stesen radio Malaysia Melaka FM jam 8.15 pagi ini. Orang ramai dipelawa untuk mendengar menerusi frekunsi 102.3 FM atau `item' Langsung Melaka FM di laman blog ini.

Friday, July 17, 2009

KEPUTUSAN MANEK URAI: KOMEN PEMBANGKANG SEPERTI KISAH LUQMANUL HAKIM DAN KELDAINYA

MEMANG benar jangkaan saya, keputusan mengejutkan PRK Manek Urai yang mengurangkan majoriti lebih 95 peratus undi Pas akan membawa kepada tuduhan tidak elok daripada parti itu kepada BN.

Malah ada yang menuduh, BN cuba untuk merasuah pengundi, dan tidak kurang pula yang menuduh BN mengugut pengundi supaya memangkah `dacing' jika mahukan pembangunan di kawasan Manek Urai.


Sebenarnya, BN bukannya mengugut, tetapi menyatakan kebenaran bahawa hanya BN yang mampu membawa perubahan dan pembangunan di sesuatu kawasan. Ia sudah terbukti di semua negeri yang diperintah BN selama ini. Sementara di negeri yang dikuasai pembangkang sekarang, hanya menumpang kepada kemajuan yang pernah diusahakan oleh pemimpin BN sebelum ini.


Kita tidak pernah merasuah pengundi, tetapi apalah guna jadi pemimpin sekiranya seringgit dua pun tak boleh didermakan kepada rakyat hanya kerana rasa simpati, tawadduk dan insaf kepada nasib mereka. Jika itu juga dikatakan rasuah oleh pembangkang, nampak sangat mereka tidak boleh menilai yang mana ibadah dan yang mana rasuah.


Dalam beberapa blog yang pro-pembangkang yang saya `terbaca' dan dimaklumkan rakan-rakan, memang tidak lekang daripada menuduh BN sedemikian rupa. Bagi saya, biarkan saja. Biarkan anjing menyalak bukit kerana bukit tidak akan runtuh.


Dalam perkara ini, teringat saya dengan cerita sejarah silam Luqmanul Haqim bersama keldainya.


Pada suatu hari Luqman Hakim telah memasuki sebuah pasar dengan menaiki seekor Keldai, manakala anaknya pula mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang yang berdiri di pinggir jalan pun berkata,


"Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa. Dia sedap-sedap duduk menaiki Keldainya sedangkan anaknya pula dibiarkan berjalan kaki."


Setelah mendengarkan kata-kata yang kurang sedap dari orang ramai maka Luqman pun turun dari Keldainya itu lalu diletakkan anaknya di atas Keldai itu dan kembali berjalan. Melihat yang demikian, maka sesetengah orang di pasar itu berkata pula,


"Sungguh biadap budak itu. Orang tuanya dibiarkan berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki Keldai itu."


Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang Keldai itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian sesetengah orang ramai pula berkata lagi,


"Lihat dua orang itu menunggang seekor Keldai, alangkah siksanya Keldai itu membawa beban yang berganda."


Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari Keldai itu dan menyambungkan perjalanannya, kemudian terdengar lagi suara orang berkata,


"Ada Keldai tetapi tuannya berjalan kaki. Alangkah bodohnya!"


Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,


"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."


Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."


Dalam perkara ini, saya suka mengambil ikhtibar bahawa jangan sekali-kali mendengar kata orang yang tidak memberi keuntungan kepada kita. Berserahlah kepada Allah. Semoga Allah memberkati kita semua.

Tuesday, July 14, 2009

MANEK URAI: BN TETAP BERJAYA

WALAUPUN tidak menang, BN tetap berjaya menewaskan pemikiran pemimpin pembangkang yang selama ini yakin akan memperoleh kemenangan dengan majoriti besar.

Daripada menang pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti 1,352 undi, kini majoriti yang diperoleh pada pilihan raya kecil semalam hanya 65 undi. Bagi mereka, majoriti satu undi pun tak apa, asalkan menang.

Memang benar, tetapi di mana letaknya maruah diri. Di mana letaknya maruah parti yang sebelum ini mewar-warkan bahawa mereka akan memperoleh majoriti melebihi 2,000 undi.

Malah, SPR mengesahkan pula jumlah undi yang ditolak pada pilihan raya kecil semalam adalah sebanyak 117 undi. Jumlah itu mengatasi undi majoriti yang diperoleh calon Pas iaitu sebanyak 65 undi.

Fauzi memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz menerima 5,283 undi.

Namun, keputusan sudah dibuat dan Pas mungkin sudah boleh bermimpi, tetapi nak tidur lena mungkin tidak.. Kerana mereka sudah pasti akan buat pelbagai `bedah siasat' selepas ini dan sudah pasti BN akan dituduh dengan pelbagai tuduhan. Kalau tak percaya, lihatlah nanti.

Apa pun, tahniah Tuan Aziz kerana menjadi calon muda yang berjaya menghakis kepercayaan rakyat kepada pembangkang. Ini membuktikan penerimaan rakyat kepada pembangkang semakin pudar dan BN sudah kembali di hati mereka.

Semoga Allah memberkati kita semua.

Sunday, July 12, 2009

HADIAH MESRA RAKYAT

TAHNIAH diucapkan kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kepada berjaya menerajui Malaysia dengan cemerlang meskipun baru 100 hari memerintah negara.

Saya amat-amat terkejut dan bersyukur, kerana pada hari ke-100 pemerintahan beliau, Perdana Menteri telah mengumumkan 11 ‘hadiah mesra rakyat’. Sehingga hari ini, pentadbiran beliau menunjukkan perubahan yang positif kepada seluruh rakyat Malaysia. Sikap tolenransi dan mesra rakyat yang beliau pamerkan cukup menyenangkan hati rakyat. Di tambah pula dengan konsep 1Malaysia yang di sambut baik oleh setiap rakyat Malaysia.


HADIAH MESRA RAKYAT

1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.

2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.

3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.

4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.

5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.

6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.

7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.

8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.

9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.

10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.

11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Semoga Malaysia akan terus maju, makmur dan aman di bawah pemerintahan YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak.

BANTUAN MPJ: RAKYAT DIDAHULUKAN

TEKS UCAPAN PERASMIAN

YB TUAN HJ GHAZALE BIN MUHAMAD

ADUN KAWASAN SERKAM

BERSEMPENA

PENYAMPAIAN SUMBANGAN

PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR

( PPKB )

TARIKH : 10 JULAI 2009

MASA : 10.00 PAGI

TEMPAT : PERKARANGAN KOMPLEKS JAPERUN SERKAM

Terima Kasih Kepada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ( KPKT) Melalui Agensinya, Majlis Perbandaran Jasin (mpj) Dalam Usaha Pembasmian Kemiskinan Masyarakat Bandar Dan Pinggir Bandar Yang Telah Dilaksanakan Sejak 4 Tahun Yang Lepas.

Ini Selaras Dengan Hasrat Kerajaan Pusat Dalam Usaha-Usaha Meminimakan Bilangan Keluarga Miskin Dan Seterusnya Membasmikan Kemiskinan Rakyat Menjelang Malaysia Maju 2020. Ini Juga Bertepatan Dengan Hasrat Kerajaan Negeri Melaka Untuk Membasmi Kemiskinan Menjelang Melaka Maju 2010.

Kerajaan Memang Sentiasa Prihatin Dengan Kehidupan Rakyatnya Bukan Saja Kerajaan Hendak Memastikan Negara Ini Aman Dan Damai, Malah Kerajaan Juga Menyediakan Peluang-Peluang Pekerjaan Yang Begitu Banyak Untuk Rakyat Hidup Selesa.

Kerajaan Juga Merancang Pelbagai Pendekatan Bagi Menwujudkan Iklim Hidup Masyarakat Pelbagai Bangsa Dan Agama Supaya Dapat Hidup Dalam Penuh Keharmonian Dan Perpaduan.

Mengikut Pegangan Kita Orang-Orang Islam, “Kemiskinan Boleh Membawa Kekufuran”. Lanjutan Ini Selain Daripada Program Yang Dijalankan Oleh KPKT Melalui Agensinya MPJ, Pelbagai Jabatan Dan Agensi Juga Turut Mewujudkan Pelbagai Skim Untuk Membasmi Kemiskinan Serta Membantu Mereka Yang Kurang Berkemampuan Seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ), KEMAS, MAIM, Unit Pembangunan Desa (UPD) Melaka Dan Banyak Lagi Supaya Rakyat Tidak Hidup Merempat Di Negara Sendiri.

Sebagai Contoh Untuk DUN Serkam Saja:-

JKM – 2008 (584 Orang) RM105,950.00

2009 (713 Orang) RM153,970.00

MAIM – 2008 (242 Orang) RM37,490.00

2009 (82 Orang) RM10,660.00

UPD – 2008 (61 Unit – RM600,000.00)

2009 (26 Unit – RM228,000.00 )

Inilah Gambaran Sebenarnya Kerajaan Kita Sekarang Dan Yang Sebelum Ini Sentiasa Membela Dan Memberi Perhatian Kepada Semua Rakyatnya. Ditambahkan Lagi Dengan Pendekatan Kepimpinan Yab. Perdana Menteri Yang Baru Ini “Rakyat Didahulukan Dalam Menjayakan Satu Malaysia”. Saya Yakin Pemberian Yang Lebih Akan Diberi Kepada Golongan Setempat Yang Kurang Berkemampuan Ini.

Walaubagaimanapun, Ini Merupakan Bantuan Yang Tidak Berkekalan. Oleh Itu Diharap Kita Semua Perlu Berusaha Untuk Mempertingkatkan Serta Memajukan Diri Kita Agar Kita Dapat Keluar Dari Kepompong Kemiskinan Ini.

Jangan Kita Mengharap Sepanjang Hayat Kepada Bantuan Sahaja. Kalau Kita Lihat Di Negeri Dan Negara Kita, Ramai Orang Luar Negara Yang Datang Untuk Mencari Makan Disini. Mereka Menganggap Malaysia Sebagai Syurga Mencari Rezeki Bagi Mereka Tetapi Mengapa Kita Terus Di Belenggu Kemiskinan. Ini Yang Menjadi Tanda Tanya Kepada Kita Semua, Mengapa Keadaan Ini Berlaku Dalam Masyarakat Kita.

Antara Cara Untuk Kita Boleh Membawa Keluarga Keluar Daripada Belenggu Kemiskinan Adalah Pelajaran. Kita Perlu Mendidik, Mengalak Dan Mendorong Anak-Anak Kita Menimba Ilmu Pengetahuan. Belajar Bersungguh-Sungguh Sehingga Berjaya.

Pihak Kerajaan Menyediakan Pelbagai Kemudahan Untuk Anak-Anak Belajar. Kerajaan Melaka Khususnya Menyediakan Pelbagai Kemudahan Dan Bantuan Bagi Anak-Anak Kita Belajar Seperti Pinjaman TAPEM, Sumbangan MAIM, Pembiayaan Kelas Tambahan Di Sekolah-Sekolah, Bantuan Pakaian Dan Lain-Lain Lagi. Semua Ini Hanya Terdapat Di Malaysia Saja Sedangkan Di Negara-Negara Lain Untuk Ke Sekolah Pelbagai Bayaran Dikenakan.

Diharapkan Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Terus Memberi Sokongan Kepada Kerajaan Sekarang, Agar Usaha-Usaha Kita Untuk Membantu Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Dari Semua Aspek Dapat Diteruskan.

Sekali Lagi Saya Merakamkan Jutaan Terima Kasih Kepada MPJ Kerana Banyak Membantu Rakyat Yang Kurang Berkemampuan Di DUN Ini. Jika Dilihat Bantuan MPJ Di DUN Serkam Adalah Yang Tertinggi / Teramai Jika Di Bandingan Dengan DUN-DUN Lain. Semuga Usaha / Bantuan Akan Dapat Bersama-Sama Ke Arah Mengeluarkan Rakyat Yang Kurang Berkemampuan Ini Dari Belenggu Kemiskinan.

Dengan Majlis Penyampaian Sumbangan / Bantuan Ini Menjadi Bukti Keperihatinan Kerajaan Kepada Kita Semua.

Wednesday, July 8, 2009

MARHABAN DAN BERZANJI: CUNGKIL BAKAT GOLONGAN MUDA

TAHNIAH saya ucapkan kepada pasukan marhaban dari Masjid Kampung Sempang kerana muncul johan Pertandingan Marhaban dan Berzanji Peringkat Masjid DUN Serkam yang diadakan di Masjid Umbai pada 4 Julai lalu.

Kemenangan itu membuktikan acara itu masih mendapat tempat di jiwa masyarakat khususnya di DUN Serkam yang dilihat amat cinta kepada ayat yang memuji Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam masa sama, JAPERUN Serkam tetap berusaha untuk menarik minat golongan muda untuk menyertai pertandingan seumpama ini. Sebab itu, saya berhasrat untuk mengadakan acara seperti ini membabitkan pelajar sekolah rendah dan menengah supaya ia dapat diamalkan, sekali gus menambah keberkatan hidup hasil daripada memuji Rasulullah S.A.W.

Harapan besar ini akan dapat direalisasikan dengan jayanya jika semua pihak memberikan kerjasama sepenuhnya untuk melaksanakannya.

Diharap, segala perancangan baik ini akan mendapat keberkatan Allah S.W.T hendaknya. Insya Allah..

Tuesday, July 7, 2009

PERPECAHAN PAKATAN RAKYAT: SALAHKAN ORANG LAIN AMALAN MEREKA

MB KEDAH AZIZAN RAZAK BERKATA
"Kalau mereka nak keluar, saya nak kata apa. Kalau (DAP) nak kata kurang (diberi) layanan pun, apakah layanan yang mereka maksudkan kerana setahu saya, kerajaan negeri telah beri layanan baik untuk semua," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

ANWAR IBRAHIM PULA MENJAWAB
"Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

KATA THOMAS SU PULA
“Kami bukan main-main “. Tindakan DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang negeri ini adalah serius dan bukan diperbesar-besarkan media seperti yang didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, keputusan tersebut muktamad setelah kesemua ahli DAP negeri sebulat suara bersetuju untuk bertindak sedemikian.

NIK AZIZ PULA LEPAS TANGAN DENGAN BERKATA
“Itu masalah negeri, saya tak tahu, terserahlah kepada Kedah,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini

Yang mana betul? Siapa yang benar dalam perkara ini? Kenapa mereka tuduh menuduh dan lepas tangan ketika masing-masing mendakwa masih ada `power' dan sokongan untuk memimpin rakyat? Sama-sama kita fikirkan..