SAYA amat kecewa dan dukacita dengan pihak tertentu yang tak sudah-sudah mempertikaikan tindakan dan keputusan pihak kerajaan.
Contohnya, dengan membebaskan tahanan ISA setelah dipantau mereka yang berkenaan tidak lagi merbahaya dan tak mengancam keselamatan awam. Berasaskan kepada pertimbangan itu, mereka dibebaskan.
Tapi, ada yang membuat taksiran yang negatif dan tuduhan yang bukan-bukan. Semasa ditahan, dituduh kerajaan zalim. Semasa dalam tahanan, dituduh kerajaan tak adil dan didesak pula supaya membebaskan tahanan. Apabila dibebaskan dengan alasan tidak mengancam keselamatan negara, dituduh pula kerajaan ada tujuan atau agenda tertentu pula.
Jadi, semua kerajaan buat tidak betul oleh pembangkang. Kesimpulannya, apa saya yang dibuat oleh pembangkang adalah betul.
Persepsi ini kena diperbetulkan oleh pembangkang. Jangan menganggap pembangkang sempurna dari semua sudut dan ilmu.
Renungkan, ISA diwujudkan adalah untuk kawalan keselamatan awam, bukan untuk kongkong ahli politik. Hanya kebetulan tindakan sebilangan ahli politik yang boleh mengancam keselamatan awam yang ditahan.
Kalau nak kongkong ahli politik pembangkang dah tentu ramai lagi pemimpin-pemimpin pembangkang ditahan. Tetapi bukan hasrat ISA digubal untuk tujuan berkenaan.
Akta ini ada digunakan di banyak negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi, tetapi tidak dipolitikkan seperti di Malaysia ini. Kecoh sangat dibuatnya oleh pemimpin parti pembangkang.
Pihak pembangkang perlu renungkan perkara ini untuk kepentingan dan keselamatan awam dan negara. Bukan untuk kepentingan politik saja.
No comments:
Post a Comment