Berkaitan dengan ayat di atas, saya terpanggil untuk membuat ulasan mengenai senario perilaku sesetengah pihak, khususnya umat Islam di negara ini yang seolah-olah menyamai apa yang berlaku di negara Barat.
Mengapa negara Islam, masyarakat Islam dan umat Islam begitu terlalu bangga dengan minuman yang diharamkan seperti arak, bir dan lain-lain hingga mencipta sejenis minuman yang dikenali sebagai `beer halal'?.
Mereka seperti berbangga gaya minum arak, sehingga cipta minuman yang hampir sama macam arak tetapi tidak berdosa jika meminumnya. Matlamatnya adalah hanya menggayakan saja cara meminum arak walaupun airnya berbeza.
BAGI saya, ini amat mendukacitakan umat Islam dan meniru gaya hidup orang kafir. Tambahan pula, minuman `beer halal' ini dipromosikan secara besar-besaran seperti di Pameran Halal Antarabangsa 2009 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Saya difahamkan, sebuah syarikat dari Iran, Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman beer tanpa alkohol jenama dikenali sebagai ‘Istak’ dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.
Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Company.
Konsep pemasaran yang dibawa ‘Istak’ adalah ‘Drink & Drive’ yang mana pemandu tidak perlu risau untuk memandu sekiranya meminumnya kerana ia tidak memabukkan.
Malah, ‘Istak’ kaya dengan vitamin, dapat mencegah pembentukan batu karang, mengurangkan tekanan, membina tenaga, membakar lemak dan mengurangkan 10 hingga 15 peratus kolesterol dalam darah.
No comments:
Post a Comment