Monday, June 29, 2009

TAKZIAH KELUARGA ALLAHYARHAM RAUF MAIDIN

SAYA mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Rauf Maidin yang telah kembali kerahmatullah selepas ditemui lemas di perairan Pulau Besar, petang semalam.

Saya berharap, seluruh ahli keluarganya dapat bersabar dan menerima kenyataan kehilangan orang tersayang. Sama-sama kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
Dalam kesempatan ini, saya berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat kejadian bot karam membabitkan Allahyarham dan rakannya, Abdullah Abu atau Berahim.

Pasukan itu ialah Polis, Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Anggota Komando Tentera Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kerja Raya, JKKK Umbai, Persatuan Nelayan Umbai, nelayan tempatan dan sekitar Umbai serta semua pihak yang bersama-sama melancarkan operasi berkenaan.

Tidak lupa kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang sudi meluang masa melawat tempat kejadian.

Hanya Allah yang membalas budi dan jasa baik tuan semua.

4 comments:

Anonymous said...

Terima kasih juga diucapkan kepada YB kerana sudi menjenguk dan membantu.Al-Fatihah buat Allahyarham Bapa Saudara saya, Rauf Maidin.

Anak Saudara Rauf Maidin, Kuala Lumpur

Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) said...

Jawatankuasa KRT dan Seluruh Penduduk Taman Datuk Haji Abdul Aziz merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Rauf Maidin yang telah kembali kerahmatullah selepas ditemui lemas di perairan Pulau Besar, malam sabtu lalu. Kami berharap, seluruh ahli keluarga Allahyarham dapat bersabar dan menerima ketentuan ilahi ini dengan tabah. Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatihah

Anonymous said...

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.Saya wakil dari Angkatan Belia Fisabilillah(ranting Nyalas)dan wakil dari Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah Malaysia ingin merakamkan jutaan ribuan terima kasih kepada datuk dan seluruh sahabat handai,rakan taulan,serta individu2 yang telah bertungkus lumus mencari dan menyempurnakan jenazah Allahyarham.Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada anda sekalian.POHON DIHALALKAN DAN DIMAAFKAN SEGALA KEKHILAFAN SEMASA HAYATNYA.Juga sama2lah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Roh Ayahyarham Rauf bin Maidin.semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan syuhada.AL FATIHAH...wslm

ramlan japerun said...

japerun serkam rakam terima kasih kepada semua agensi dan individu serta penduduk setempat kerana membantu dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa bot karam.