Tuesday, June 30, 2009

SUMBANGAN UNTUK KELUARGA ALLAHYARHAM RAUF

SAYA amat terharu dengan nasib yang bakal ditempuh semua anak Allahyarham Rauf Maidin yang masih kecil dan mengharapkan kasih sayang seorang bapa. Namun, semua itu kehendak Allah dan sudah pasti Allah lebih menyayangi Allahyarham.

Justeru, saya bersama beberapa pegawai Majlis Agama Islam Melaka berkunjung ke rumah Allahyarham untuk menyampaikan sumbangan berbentuk wang perbelanjaan kepada keluarga Allahyarham.


Dalam masa sama, MAIM turut bersetuju menghulurkan sumbangan makanan bulanan kepada keluarga itu selain bantuan persekolahan kepada anak mereka yang masih bersekolah. Saya difahamkan, beberapa pihak turut bersetuju untuk membantu keluarga berkenaan. Saya berterima kasih kepada mereka yang menghulurkan bantuan itu.


Saya harap, insan seperti keluarga ini terus menerima bantuan daripada semua pihak bagi memastikan beban yang ditanggung mereka dapat diringankan.

2 comments:

Anonymous said...

Pertama sekali, Terima Kasih di atas keprihatinan YB di dalam membantu meringankan beban yang akan ditanggung oleh keluarga bapa saudara saya ini.
Tindakan pantas YB, di dalam menghimpun dan mengkoordinasikan agensi-agensi berkaitan bagi memudahkan bantuan disalurkan amat-amat dihargai.
Akhir sekali, teruskan memblog mengenai aktiviti kemasyarakatan agar rakyat setempat dapat berkongsi maklumat mengenainya.
Bagi pihak Allahyarham Bapa Saudara Saya (Rauf Maidin), sudilah kiranya menerima ucapan ikhlas Terima Kasih dari kami semua.Teruskan mencurahkan bakti kepada Rakyat, Agama & Negeri Melaka.

Anak Saudara Rauf Maidin

Anonymous said...

slm.terima kasih yb yg amat prihatin.semoga allah merahmati yb dan semua yg terlibat mmbantu...amnm