Thursday, August 6, 2009

NISFU SYA'BAN

SEKADAR renungan bersama.. Hadis Nabi Muhammad S.A.W : "Malaikat Jibrail datang kepada Nabi pada malam Nisfu Sya'ban seraya berkata : "Wahai Muhammad, pada malam ini segala pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, bangun dan solatlah serta banyakkan berdoa."

Nabi Muhammad S.A.W bertanya kepada Jibrail : "Wahai Jibrail, malam apakah ini?". Jawab Jibrail : " Malam ini dibuka 600 pintu rahmat, Allah mengampuni segala kesalahan orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu."
Nabi Muhammad S.A.W pun keluar lantas menunaikan solat dan menangis dalam sujudnya, lalu berdoa: "Ya Allah, aku berlindung dari azab seksa dan kemurkaan Mu, tiada aku lupa segala puji-pujian kepada Mu sebagaimana Engkau telah memuji diri Mu. Maka, bagi Mu lah segala puji-pujian itu hingga Engkau redha."

Sehubungan itu, saya mengingatkan diri saya dan semua muslimin serta muslimat, agar mempertingkatkan amalan dan solat sunat, membaca al-Quran, selawat, zikir, berdoa dan amalan ibadah lain. Jika berkesempatan, bacalah surah Yasin serta berpuasa keesokannya.

Jika badan disihatkan Allah, beribadahlah sekadar termampu. Mudah-mudahan amalan dan usaha kita itu diberkati Allah S.W.T. - Amin...

Tuesday, August 4, 2009

RUMAH BARU ANWAR IBRAHIM RM7,000,000.00??

SAYA menerima emel dari seseorang yang menghantar sesuatu yang mungkin mengejutkan. Ia berkaitan dengan gambar kediaman pemimpin parti pembangkang, Anwar Ibrahim yang baru yang terletak di Bukit Segambut Dalam. Berikut adalah artikel dan gambar yang diemelkan kepada saya baru-baru ini.



"Pandangan dari sebahagian sisi rumah baru Anwar No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Anwar berpindah dari rumah lama di Damansara pada awal Januari 2007. Rumah lama di Damansara bernilai RM2 juta, dan rumah baru (villa), di Bukit Segambut dianggarkan lebih dari 7 juta. Anwar juga beli bangunan 10 tingkat di Tropicana, Damansara sebagai ibu pejabat PKR baru.

Tidak dapat dipastikan berapa nilai rumah di Sekyen 16, Petaling Jaya, yang dijadikan pejabat peribadi Anwar. Kondomium misteri yang pernah dimasuki Anwar bernilai RM2.2 juta. Banyak betul duit Anwar, sedangkan beliau hanya berjawatan Ketua Umum PKR. Dengan hanya berstatus Ketua Umum PKR dan ahli parlimen Permatang Pauh, Anwar memiliki wang semewah itu.

Kalau jadi PM, tak tahulah berapa mewah lagi perbelanjaannya.Dipenuhi juga dengan ciri-ciri keselamatan termasuk Pengawal Keselamatan dan pondok pengawal yang berkawal 24 jam. Begitu banyak penghawa dingin dipasang. Selain itu, di sekeliling villa itu dipenuhi dengan CCTV. Villa bertingkat-tingkat umpama sebuah mahligai.

Ciri-ciri rumah beliau seperti ini bukan menggambarkan beliau hidup sederhana sepertimana yang diwar-warkan dalam ceramah-ceramahnya.

Atau adakah ini hasil jualan kraftangan banduan semasa di Sungai Buloh?".

DEMONSTRASI JALANAN: `ORANG LAIN' PERALATKAN MELAYU

DEMONSTRASI lagi... Asyik berdemo je. Yang peliknya, semua pendemonstrasi jalanan itu disertai oleh orang Melayu, meskipun penganjurnya bukan dikalangan pemimpin Melayu. Kenapa orang Melayu sering diperalat oleh `orang lain' ?

Siapa kita, mengapa kita yang mahu diperbodohkan.? Siapa yang turun menjadi pelesit di jalanan? Siapa yang tertangkap dan siapakah yang ditertawakan oleh bangsa asing.? Perlukah kita diperkudakan dan diperbodohkan? Siapa yang menderita, siapa yang kecewa.?
Jawapannya mudah. Melayu, Bangsa Melayu angkara siapa? Angkara Melayu. Pak Lebai berserban, Mak Cik lebai juga berpurdah dan bertudung, Mahasiswa Melayu yang selesa belajar di universiti dengan bantuan kerajaan.

Di Universiti kerajaan, bangun menjadi kuda turun menjadi anak-anak jalanan kerana termakan hasutan seorang yang amat bercita-cita tinggi ingin menjadi Perdana Menteri. Dahulu semasa dalam kerajaan, ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, kenapa dia tidak mansuhkan ISA?
Anwar Ibrahim gagal mendapat mandat rakyat untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar gagal untuk mendapatkan sokongan rakyat untuk menabalkan dia sebagai Perdana Menteri.

Tiada jalan lain melainkan mengasuh anak anak muda dan orang-orang Melayu untuk menjadi pejuang jalanan untuk merampas kerajaan. Budaya ini bukan budaya kita. Bukan budaya rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan damai. Kerajaan ditentukan melalui pilihan raya, suara rakyat dan bukan paksaan dan keganasan di jalan raya.

Bangsa asing langsung tidak peduli, bangsa lain sibuk mencari kekayaan. Pak Lebai dan Mak Lebai yang kononnya mahu berjihad mahu masuk syurga terperangkap dengan jihad Anwar Ibrahim. Pak Lebai dan Mak Lebai, jika terkorban dalam demonstrasi semalam anda tidak akan mati syahid. Ini bukan cara untuk mati syahid. Yang lebih malang Pak Lebai dan Mak Lebai, anda tidak akan mati kerana baru kena gas pemedih, anda sudah berkeliaran mencari tempat berlindung.

Siapa yang marah ? Siapa yang kecewa? Logik akal, ini adalah satu perbuatan yang menyalahi undang-undang dan Perlembagaan Negara. Logik akal, ini adalah perbuatan tidak berfaedah. Logik akal, ini adalah perkara yang tidak patut diterapkan dalam budaya Bangsa Malaysia. Namun masih ada juga NGO Pro-Kerajaan yang begitu lantang, bloggers UMNO yang begitu lantang mengkritik dan memaksa pemimpin UMNO menyalahi undang-undang serta mengengkari arahan pemimpin tertinggi UMNO dan kerajaan.

Mengapa dan kenapa dengan kamu? Terbawa bawa budaya Anwar Ibrahim? Ini bukan jalan penyelesaian yang baik, jalanan bukan tempat menentukan nasib rakyat lain. Budaya Malaysia tidak berlandasakan keganasan, Lihat saja, berapa orang yang turun menyahut saranan bloggers UMNO yang hilang akal, NGO Penyokong UMNO yang angkuh. Apa sudah jadi, siapa yang sokong budaya jalanan ini, Siapa yang mahu mencari kesusahan?

Bukan saya menuduh semua bloggers yang menghasut ahli UMNO turun melakukan kerja tidak berfaedah ini, hanya seorang dua yang tidak berakal dan emosi. Blogger ini tidak lagi relevan sebenar nya. Hari ini mereka sunyi sepi tidak mahu mengulas, mungkin telah tahu bahawa ini adalah satu pekerjaan yang tidak berakal. Mujur pemimpin yang melakukan perkara yang benar itu tidak melatah. Mungkin pemimpin itu tidak mahu meletakkan taraf beliau sama dengan picisan upahan yang menulis menghasut ahli UMNO untuk melanggar undang-undang kerajaan.

Saya menghormati keputusan berani pemimpin muda ini yang menyeru agar semua ahli Pemuda UMNO jangan turut serta dalam perhimpunan jalanan ini. Maruah Bangsa dan Pemuda UMNO telah diselamatkan oleh pemimpin muda ini. Walaupun dikecam sebagai `tidak bertelor', tetapi hari ini jelas, siapa sebanarnya `tidak bertelor'. Yang berkokok siang malam dalam blog dan mesyuarat NGO berkenaan langsung tidak nampak `telor' yang menyerlah dalam perhimpunan berkenaan.

Thursday, July 23, 2009

SELAMAT HARI JADI DATUK SERI NAJIB

SAYA mewakili warga DUN Serkam, mengucapkan selamat hari jadi ke-56 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak yang disambut hari ini (23 Julai).

Kami berharap dan berdoa ke hadrat Allah SWT, agar Perdana Menteri akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi Allah SWT daripada segala mara bahaya dan bencana agar beliau dapat memimpin negara dengan lebih berjaya lagi.

Warga DUN Serkam juga berdoa agar Datuk Seri Najib akan dianugerahkan kekuatan dalam usaha beliau menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini menerusi konsep '1Malaysia' yang diperkenalkannya.

Kami akan tetap memberikan sokongan dan kerjasama padu kepada Datuk Seri Najib. Semoga panjang usia dan teruskanlah misi membangunkan Malaysia.

Sejak menerajui negara 3 April lalu, kita semua dapati Datuk Seri Najib mempunyai idea yang amat baik dalam usaha membangun serta memakmurkan negara.

Dari segi ekonomi, termasuk untuk rakyat pelbagai kaum di negara ini hingga kepada pembangunan pendidikan dan kerohanian.

Pengumuman 11 hadiah mesra rakyat yang dibuat sempena hari ke-100 pentadbiran beliau, adalah sesuatu yang cukup bernilai untuk rakyat, khususnya di luar bandar. Ia bukan saja memberi gambaran bahawa Datuk Seri Najib mengutamakan kepentingan rakyat, tetapi menunjukkan bahawa beliau amat prihatin dengan segala masalah dihadapi golongan itu.

Justeru, kami warga DUN Serkam, amat berbangga dengan pencapaian yang dicapai negara sejak lebih 100 hari pemerintahan beliau dan akan sentiasa memberikan sokongan padu kepada beliau serta kepimpinan negara dan negeri untuk memajukan Malaysia tercinta ini.

"1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan - Melaka Maju 2010"

Wednesday, July 22, 2009

KE UDARA DI RADIO MALAYSIA MELAKA FM

SAYA akan ke udara di stesen radio Malaysia Melaka FM jam 8.15 pagi ini. Orang ramai dipelawa untuk mendengar menerusi frekunsi 102.3 FM atau `item' Langsung Melaka FM di laman blog ini.

Friday, July 17, 2009

KEPUTUSAN MANEK URAI: KOMEN PEMBANGKANG SEPERTI KISAH LUQMANUL HAKIM DAN KELDAINYA

MEMANG benar jangkaan saya, keputusan mengejutkan PRK Manek Urai yang mengurangkan majoriti lebih 95 peratus undi Pas akan membawa kepada tuduhan tidak elok daripada parti itu kepada BN.

Malah ada yang menuduh, BN cuba untuk merasuah pengundi, dan tidak kurang pula yang menuduh BN mengugut pengundi supaya memangkah `dacing' jika mahukan pembangunan di kawasan Manek Urai.


Sebenarnya, BN bukannya mengugut, tetapi menyatakan kebenaran bahawa hanya BN yang mampu membawa perubahan dan pembangunan di sesuatu kawasan. Ia sudah terbukti di semua negeri yang diperintah BN selama ini. Sementara di negeri yang dikuasai pembangkang sekarang, hanya menumpang kepada kemajuan yang pernah diusahakan oleh pemimpin BN sebelum ini.


Kita tidak pernah merasuah pengundi, tetapi apalah guna jadi pemimpin sekiranya seringgit dua pun tak boleh didermakan kepada rakyat hanya kerana rasa simpati, tawadduk dan insaf kepada nasib mereka. Jika itu juga dikatakan rasuah oleh pembangkang, nampak sangat mereka tidak boleh menilai yang mana ibadah dan yang mana rasuah.


Dalam beberapa blog yang pro-pembangkang yang saya `terbaca' dan dimaklumkan rakan-rakan, memang tidak lekang daripada menuduh BN sedemikian rupa. Bagi saya, biarkan saja. Biarkan anjing menyalak bukit kerana bukit tidak akan runtuh.


Dalam perkara ini, teringat saya dengan cerita sejarah silam Luqmanul Haqim bersama keldainya.


Pada suatu hari Luqman Hakim telah memasuki sebuah pasar dengan menaiki seekor Keldai, manakala anaknya pula mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang yang berdiri di pinggir jalan pun berkata,


"Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa. Dia sedap-sedap duduk menaiki Keldainya sedangkan anaknya pula dibiarkan berjalan kaki."


Setelah mendengarkan kata-kata yang kurang sedap dari orang ramai maka Luqman pun turun dari Keldainya itu lalu diletakkan anaknya di atas Keldai itu dan kembali berjalan. Melihat yang demikian, maka sesetengah orang di pasar itu berkata pula,


"Sungguh biadap budak itu. Orang tuanya dibiarkan berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki Keldai itu."


Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang Keldai itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian sesetengah orang ramai pula berkata lagi,


"Lihat dua orang itu menunggang seekor Keldai, alangkah siksanya Keldai itu membawa beban yang berganda."


Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari Keldai itu dan menyambungkan perjalanannya, kemudian terdengar lagi suara orang berkata,


"Ada Keldai tetapi tuannya berjalan kaki. Alangkah bodohnya!"


Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,


"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."


Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."


Dalam perkara ini, saya suka mengambil ikhtibar bahawa jangan sekali-kali mendengar kata orang yang tidak memberi keuntungan kepada kita. Berserahlah kepada Allah. Semoga Allah memberkati kita semua.

Tuesday, July 14, 2009

MANEK URAI: BN TETAP BERJAYA

WALAUPUN tidak menang, BN tetap berjaya menewaskan pemikiran pemimpin pembangkang yang selama ini yakin akan memperoleh kemenangan dengan majoriti besar.

Daripada menang pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti 1,352 undi, kini majoriti yang diperoleh pada pilihan raya kecil semalam hanya 65 undi. Bagi mereka, majoriti satu undi pun tak apa, asalkan menang.

Memang benar, tetapi di mana letaknya maruah diri. Di mana letaknya maruah parti yang sebelum ini mewar-warkan bahawa mereka akan memperoleh majoriti melebihi 2,000 undi.

Malah, SPR mengesahkan pula jumlah undi yang ditolak pada pilihan raya kecil semalam adalah sebanyak 117 undi. Jumlah itu mengatasi undi majoriti yang diperoleh calon Pas iaitu sebanyak 65 undi.

Fauzi memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz menerima 5,283 undi.

Namun, keputusan sudah dibuat dan Pas mungkin sudah boleh bermimpi, tetapi nak tidur lena mungkin tidak.. Kerana mereka sudah pasti akan buat pelbagai `bedah siasat' selepas ini dan sudah pasti BN akan dituduh dengan pelbagai tuduhan. Kalau tak percaya, lihatlah nanti.

Apa pun, tahniah Tuan Aziz kerana menjadi calon muda yang berjaya menghakis kepercayaan rakyat kepada pembangkang. Ini membuktikan penerimaan rakyat kepada pembangkang semakin pudar dan BN sudah kembali di hati mereka.

Semoga Allah memberkati kita semua.