Thursday, September 10, 2009

PRK BAGAN PINANG: JANGAN ULANGI SEJARAH `DUKACITA'

TIDAK SAMPAI sebulan kita mendapat berita kematian ADUN Permatang Pasir, Tuan Mohd. Hamdan bin Abd. Rahman yang membawa kepada Pilihan Raya Kecil pada 25 Ogos lalu, kini kita dikejutkan pula dengan kematian ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd. Noor dari Barisan Nasional (BN) yang bakal menyaksikan satu lagi pertembungan menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu tidak lama lagi.

Bagi saya, sudah menjadi kebiasaan apabila ada kematian membabitkan ADUN atau Ahli Parlimen, pilihan raya kecil hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari.

Saya bagi pihak rakyat di DUN Serkam mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azman dan kami sentiasa berdoa agar roh beliau ditempatkan dalam golongan orang yang soleh, insya Allah.

Bercakap mengenai pilihan raya kecil ini, saya ingin menarik perhatian pembaca bahawasanya, sebelum ini BN belum berjaya untuk merebut kerusi yang ditandinginya bersama parti pembangkang dan tidak mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dimenenanginya pada pilihan raya umum lalu.

Umum mengetahui bahawa BN kalah pada hampir semua PRK itu, namun hakikatnya BN sebenarnya masih `belum menang' merebut kerusi itu. Itulah yang dinyatakan teman saya yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta Ketua Penerangan UMNO Malaysia, YB Ahmad Maslan tempoh hari.

Namun, selepas ini saya mengharapkan agar sejarah `dukacita' tidak berulang lagi dan yakin DUN Bagan Pinang mampu dipertahankan untuk memastikan rakyat terus mendapat pembelaan daripada mendapat pembelasahan daripada pembangkang.

Saya doakan kemenangan BN di Bagan Pinang. Walaupun siapa pun calonnya, saya yakin BN mampu bertahan berikutan angin perubahan dilihat semakin menyebelahi kita.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Kerusi DUN Bagan Pinang secara tradisinya adalah kubu BN. Sebelum ini calon BN, Mohd Faizal Ramli memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,411 undi. Bagaimanapun dalam situasi politik negara sekarang, adalah jelas sekali, pilihan raya kecil yang bakal diadakan nanti pasti menyaksiakan persaingan yang sengit.

Apatah lagi Parlimen Telok Kemang sekarang dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat. Terdapat lima DUN di dalam kawasan Parlimen Telok Kemang. Tiga dikuasai oleh pembangkang manakala BN dua kerusi.

Kerusi-kerusi yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat ialah DUN Chuah (PKR), DUN Lukut (Dap) dan DUN Port Dickson (PKR).

Manakala DUN yang dikuasai BN pula selain Bagan Pinang ialah DUN Linggi.

Hidup BN!!!

SALAM RAMADAN

Di kesempatan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga amalan kita diberkati Allah SWT hendaknya.

Wednesday, August 19, 2009

FATWA `GILA' NIK AZIZ

PELIK benar saya lihat kenyataan dan perangai seorang insan bernama Nik Aziz Nik Mat yang digelar `tok guru', sejak akhir-akhir ini. Beliau diibaratkan sebagai `cakap lepas' khususnya berkaitan agama semata-mata untuk mempertahankan perjuangan politik yang diperjuangkan bersama penyokong-penyokongnya.

Kini, Nik Aziz buat hal lagi...Satu lagi `fatwa' dan pandangan `gila' yang dikeluarkan beliau pada PRK Permatang Pasir. Dia telah mengisytiharkan bahawa ahli UMNO tidak masuk syurga, sebaliknya hanya ahli Pas saja yang akan masuk syurga.

Nik Aziz seolah-olah telah mengambil tugas sebagai Tuhan yang menentukan keimanan dan ketaqwaan serta Islam atau tidak seseorang itu. Sehingga beliau boleh menentukan seseorang itu boleh masuk syurga atau tidak.

Ayat Al-Quran atau hadis mana yang dirujuk untuk menentukan seseorang itu mesti menjadi ahli Pas baru layak masuk syurga?? Ini jelas menunjukkan penyelewengan dan penipuan Pas untyk mengaut sokongan dan kerana gila kuasa dan Nik Aziz sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkannya.

Bertopengkan parti berjenama Islam, Pas seolah-olah satu-satunya kelompok manusia di dunia ini yang Islam. Dari pandangan Islam, apa hukumnya seseorang Islam menjatuhkan hukum orang Islam lain sebagai tidak Islam atau tidak beriman??

Inilah cara Pas menipu orang ramai. SEDARLAH!!! Wahai umat Islam apa yang diperjuangkan oleh Pas ini hanyalah semata-mata gila kuasa dan sanggup menjual agama dan maruah bangsa.

Friday, August 14, 2009

FORUM PERDANA MENJELANG RAMADAN DUN SERKAM

SEMPENA menyambut ketibaan Ramadan Al-Mubarak, JAPERUN Serkam akan menganjurkan Forum Perdana pada 14 Ogos 2009, 8.45 malam di Kompleks JAPERUN Serkam.

Ahli panel yang terlibat adalah Y.bhg Datuk Kamaruddin Zakaria; Ustazah Zawiyah Hasan dan dipengerusikan oleh Ustaz Hj Sulaiman Daud.

Tuan/Puan, Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

ANWAR MEMANG PENGKHIANAT, PEROSAK BANGSA MELAYU

KEPIMPINAN Pas menyatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah pejuang bangsa dan menuduh UMNO sengaja membuat fitnah ke atas `petualang Melayu' itu kerana dia kononnya dilihat semakin mendapat sokongan rakyat.

Sedar atau tidak, sebenarnya Anwar semakin kurang pengaruh terutama di kalangan orang Melayu. Memang benar, Anwar adalah PENGKHIANAT MELAYU dan PEROSAK BANGSA dengan tingkah laku yang sumbang dan tidak bermoral.

Lidah bercabang-cabang dengan berdalih-dalih dalam setiap percakapan dan ucapan. Anwar sebenarnya adalah antara orang yang bersetuju dan mendesak seorang pengganas Komunis bernama Chin Peng supaya dibenarkan masuk dan mendiami semula di Malaysia.

Anwar adalah antara orang yang `mencipta' politik wang di Malaysia. Anwar antara orang yang suka memburukkan negara di mata dunia. Semua kerja buruk dan busuk Anwar ini telah diketahui oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Hanya segelintir saja yang kononnya setia demi kepentingan peribadi sama nakkan jawatan, nakkan kuasa, nak balas dendam atau tak dapat tempat dalam UMNO atau BN.

Orang-orang inilah yang memukul canang ke hulu ke hilir membela PETUALANG MELAYU itu dan ia pula disambut oleh Pas dan DAP. Pas tidak sedar diri bahawa mereka kini menjadi kuda tunggangan. DAP pula mengambil kesempatan kerana bagi mereka, inilah masanya dan ruang yang ada untuk mengikis kuasa orang Melayu.

Kesimpulannya, orang Melayu diperkuda, orang Melayu ditunggang, orang Melayu dipergunakan. Lihat saja apa yang dilakukan DAP kepada orang Melayu dan Islam di Selangor, apa yang dibuat DAP di Pulau Pinang, apa yang dibuat DAP di Negeri Sembilan dan apa yang dibuat DAP di Perak?? Semuanya perlekehkan Melayu dan agama Islam.

Tetapi, ramai di kalangan Melayu yang masih tak sedar. Anwar kini kebanyakkannya disokong dan diampu oleh bukan Melayu dalam PKR. PKR kini hanya pemimpin besarnya saja orang Melayu, tetapi semangat dan jiwa partinya langsung tidak ada nilai-nilai Melayu dan Islam.

Pas hanya menumpang untuk mencari kekuatan politik dan kuasa tanpa menimbangkan nasib bangsa dan agama. Sedarlah wahai saudara sebangsaku... Janganlah kita diperbodohkan oleh pemimpin seperti Anwar Ibrahim yang nyata telah memperalatkan kita untuk kepentingan politik diri serta cita-citanya selama ini.

NIK AZIZ SOKONG HINA ISLAM

NIK Aziz buat hal lagi.. Pemimpin yang mengaku Tok Guru dan Ulama Islam di akhir zaman ini buat pengakuan yang mengelirukan lagi. Dah banyak perkara yang diperakui benar dan bersubahat dengan golongan bukan Ilsam untuk mengutuk dan menghina Islam.

Walaupun mereka digelar Tok Guru dan Ulama, tapi pandangan dan pendapatnya amat mengelirukan dan merosakkan Islam serta mampu menggoncang aqidah orang Islam.

Semua ini hanya demi kepentingan kuasa dan politik puak tertentu. Kerana gila kuasa dan demi membela dengan membabi buta kepada kelompok bersekutu, pemimpin yang digelar Tok Guru dan Ulama ini sanggup menggadai bangsa dan agama mereka sendiri.

Kalau di negara-negara Islam tertentu, jika perbuatan penghinaan Islam seperti ini berlaku, pasti akan berlaku penentangan yang hebat oleh rakyat mereka. Tetapi amat malang bagi umat Islam di negara ini kerana ada tokoh yang mengaku pejuang dan pembela Islam, bersubahat dengan puak-puak yang menghina Islam.

Apa yang pelik dan teramat pelik, masih ada lagi umat Islam yang setuju dan menyokong pimpinan Tok Guru ini. Tak Tahu la... apa nak jadi dengan umat Islam sekarang... orang hina Islam pun masih diberi sokongan hanya kerana gila kuasa. Demi kepentingan parti, mereka sanggup menggadaikan agama.

Thursday, August 13, 2009

PEMBANGKANG = PENCETUS PERPECAHAN, PEMECAH BELAH UMMAH DAN RAKYAT

SETELAH lebih 52 tahun kerajaan merancang, menyusun, mengatur dan melaksanakan pelbagai program untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, muhibbah dan saling menghormati.

Tetapi, sejak PRU 12 lau, selepas parti pembangkang menang serta memerintah beberapa buah negeri, usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat yang bermusuhan mula digerakkan dan ditiup oleh beberapa parti pembangkang berkenaan.

Keharmonian dan perpaduan kaum cuba dirosakkan. Bermula dengan mencerca Raja-raja Melayu, mempertikaikan Perlembagaan Negara, memperlekehkan orang Melayu dan akhir-akhir ini menghina agama Islam.

Ini adalah bunga-bunga perpecahan kaum yang disemaikan oleh parti pembangkang. Yang peliknya, dalam semua isu-isu yang memalukan ini, ada `duri dalam daging' di kalangan pemimpin-pemimpin Melayu sendiri yang bersama-sama bersekongkol dengan gerakan ini.

Mereka pula bersetuju dan memberikan sokongan pula kepada usaha-usaha memburukkan bangsa dan agama mereka sendiri. Apa jenis manusia/kaum ni?? Hanya berkepentingan politik dan gila kuasa.. sanggup bersekongkol dengan puak-puak yang menghina agama, Raja dan bangsa. Malah, sanggup jadi pejuang di barisan hadapan dalam usaha-usaha mencerca, memburuk dan menghina agama, Raja dan bangsa sendiri.

Wahai pemimpin Melayu,... renungkan apa yang berlaku di Pulau Pinang... apa yang berlaku di Negeri Sembilan.... apa yang berlaku di Kedah.... apa yang berlaku di Perak... bangsa dan agama kita disindir, diperleceh, dipertikai, dihina dan diperlekeh..

Apakah buta mata dan hati pemimpin Melayu dengan semua ini?? Tuntutan maaf dan tidak mengaku boleh dibuat tetapi, tetapi hasrat dan cita-cita yang menghina dan mencela telah terlaksana... apakah kita tidak sedarrr??????