Friday, May 8, 2009

SAMBUTAN HARI IBU DUN SERKAM

BUAT julung kali, DUN Serkam akan menganjurkan Sambutan Hari Ibu, yang bertujuan meraikan semua insan bergelar `IBU' di kawasan ini.

Sambutan yang dianjurkan bersama Penyelaras Wanita UMNO DUN Serkam dan JAPERUN Serkam ini akan berlangsung Ahad ini, bermula jam 8 pagi di Kompleks JAPERUN Serkam.


Pelbagai acara disediakan untuk disertai bersama semua warga DUN Serkam. Sehubungan itu, tuan/puan dipelawa hadir ke program yang julung kali diadakan ini.

Wednesday, May 6, 2009

LAWATAN KETUA MENTERI KE HAB HALAL MELAKA




LAWATAN mengejut YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ke Kawasan Perindustrian Hab Halal Melaka di Serkam Darat, memberi banyak manfaat khususnya kepada proses mempercepatkan pengoperasian kawasan berkenaan.

Ini kerana, banyak kemudahan asas yang selama ini tertangguh pemasangannya dapat diselesaikan dengan baik dan berkesan apabila Ketua Menteri sendiri mengambil tindakan segera terhadap pihak yang berkenaan.

Antaranya, kelewatan pemasangan bekalan eletrik oleh TNB, akan diselesaikan segera oleh pihak terbabit apabila Datuk Seri Mohd Ali Rustam menelefon pegawai kanan di peringkat negeri supaya menyegerakan pemasangannya.

Begitu juga dengan pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CF), Datuk Seri meminta Yang Dipertua MPJ, Haji Murad Husin mengadakan mesyuarat khas mengenai perkara itu.


Banyak lagi faedah secara langsung diperoleh hasil lawatan mengejut itu. Terima kasih kepada YAB Ketua Menteri atas kesempatan beliau melawat kawasan Hab Halal berkenaan.


Insya Allah, Kawasan Hab Halal Serkam ini akan beroperasi sepenuhnya selewat-lewatnya pertengahan bulan ini.

SEDIH.. TERHARU... SIMPATI..



SAYA sempat menziarahi keluarga seorang wanita yang terbunuh akibat dirempuh sebuah kereta ketika dia sedang menunggu bas ke tempat kerja, malam semalam.

Pada kunjungan berkenaan, saya dapat melihat sendiri bagaimana keadaan tiga daripada empat anak gadis mangsa, Allahyarham Rossita Zainal, untuk mengharungi hidup tanpa mendapat kasih sayang dan belaian ibu tersayang.


Saya difahamkan, bapa mereka, Allahyarham Bujang sudah meninggal dunia lapan tahun lalu dan kini mereka terpaksa menumpang kasih kepada nenek mereka yang sudah uzur, Rahmah Kassim.

Bagi pihak Kerajaan Melaka, saya mengucapkan takziah kepada keluarga ini dan amat bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini. Bantuan berupa barangan makanan yang disumbangkan MAIM kepada keluarga ini akan diteruskan, manakala bantuan pendidikan menerusi Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM) akan diusahakan secepat mungkin.


Saya harap mereka bersabar dan kita yang lengkap segalanya ini perlu bersyukur dengan apa yang ada dan dikurniakan Allah SWT kepada kita.

HARAPAN MENGGUNUNG TERHADAP MEDIA




SAYA berterima kasih kepada Kelab Media Massa Melaka (KEMM) yang diketuai Saudara Mohd Raffi Bachik yang telah mengadakan kunjung hormat ke atas saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Serkam, Isnin lalu (5 Mei 2009).

Bagi saya, kunjungan warga media ke DUN ini menggambarkan satu petanda baik terhadap hubungan setia kawan yang sudah lama terjalin, sejak saya belum bergelar Yang Berhormat.


Namun begitu, saya mengharapkan agar KEMM akan terus tampil sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Melaka yang paling fleksibel dalam membantu Kerajaan Negeri Melaka pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyalurkan maklumat tepat, padat dan benar untuk tatapan masyarakat.

Saya yakin, semua ahli KEMM sudah matang dalam tugasan masing-masing dan sehingga kini, saya tidak nampak sebarang kesilapan yang dilakukan pengamal media sehingga boleh menggugat perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara dan negeri kita tercinta ini.

Dalam masa sama, saya mengharapkan agar semua pihak supaya dapat memberi kerjasama kepada media dalam semua perkara. Usahlah jadikan media ini sebagai medan untuk mencari publisiti murahan yang mungkin membuatkan orang lain terasa hati atau mungkin memandang serong terhadap sesuatu pihak.


Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada kepimpinan baru KEMM dan berharap KEMM akan dapat bekerja keras untuk membantu usaha Kerajaan Negeri Melaka mencapai negeri maju pada 2010.

Sunday, April 26, 2009

PEMBANGKANG JANGAN SIBUK HAL UMNO

SAYA menyokong pelantikan YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, pada 24 April 2009.

Bagaimanapun, saya amat dukacita dengan kenyataan parti pembangkang yang tidak setujui mengenainya, macam mereka pula yang hendak tentukan siapa yang patut dilantik dan siapa yang patut digugurkan dalam kepimpinan Kerajaan BN di Melaka.

Dalam hal ini, sudah dijelaskan dengan panjang lebar di Persidangan DUN Melaka dan usul yang dibawa oleh DAP telah ditolak, tetapi masih lagi nak diungkit-ungkit.

Tiada bukti YAB Ketua Menteri Melaka bersalah..!!. Yang ada ialah dipertanggungjawabkan kerana disyaki petugas-petugas beliau ada melakukan kesilapan dan melanggar Tata Etika Pemilihan Parti UMNO dan beliau tidak diizinkan bertanding dalam pemilihan parti. Itu saja....

Tidak ada kesalahan jenayah yang dilakukan dan tidak ada mana-mana mahkamah di Malaysia yang ada merekodkan kesalahan yang dilakukan oleh YAB Ketua Menteri Melaka.

UMNO Melaka masih ramai lagi pemimpin yang berkaliber, tetapi pemimpin UMNO Melaka tidak berebut jawatan dan kami masih lagi percaya dan memerlukan YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam untuk memimpin dan membangunkan Melaka.

Majoriti warga Melaka yang masih sayang dan memerlukan kepimpinan beliau. Hanya segelintir, termasuk pemimpin parti pembangkang saja yang kurang setuju.


Tidak tahu apa alasan mereka, sama ada mahu mencari publisiti murahan atau mereka takut cara pentadbiran Datuk Seri Mohd Ali memimpin Melaka hingga boleh menggugat pengaruh atau populariti mereka.

Rakyat Melaka jangan terpengaruh dan terikut-ikut dengan dakyah pembangkang kerana mereka hanya mencari publisiti murah atas orang lain.

Mengapa nak sibuk sangat dengan hal UMNO? Jagalah rumah sendiri...

Saturday, April 25, 2009

TAHNIAH DATUK SERI..!!

TAHNIAH diucapkan kepada YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam kerana diberi kepercayaan untuk terus memimpin UMNO Melaka.

Warga DUN Serkam merasa bangga dengan kepercayaan ini daripada kepimpinan tertinggi UMNO.

Memang telah dijangkakan perkara ini akan berlaku kerana ketokohan, kepimpinan dan kreativiti YAB Ketua Menteri menyatukan rakyat Melaka dan membangunkan Negeri Melaka sehingga menjadi salah sebuah negeri yang termaju dalam Malaysia.

TAHNIAH DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM..!!!

Wednesday, April 22, 2009

CADANG SAMBUNG LEBUH PERSISIR PANTAI DARI TELOK MAS KE SERKAM

Perbahasan

Persidangan Pertama Penggal Kedua, DUN Melaka Ke-12

Tajuk : Projek Jalan Persisir Pantai

YB Datuk Speaker;


Terima Kasih Kerana Memberi Saya Peluang Dan Ruang Untuk Menyampaikan Saya Perbahasan Kali Ini.

YAB. Datuk Seri Ketua Menteri Melaka Serta Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekelian.


Sepertimana Yang Kita Sedia Maklum, Bahawa Projek Pembinaan Jalan Persisir Pantai Kini Sedang Giat Dilaksanakan Di Kawasan Persisiran Pantai Di Jalan Syed Abdul Aziz Ke Kampung Limbongan Sejauh 2.4 Kilometer.

Dengan Siapnya Jalan Berharga RM12.39 Juta Ini, Akan Memudahkan Lagi Perjalanan Dari Utara Ke Selatan Yang Kini Sesak, Khususnya Pada Hujung Minggu.


Saya Yakin, Jika Ia Tidak Dibuat Sekarang, Kesesakan Akan Terus Meningkat Terutama Apabila Muara Sungai Melaka, Eye On Malaysia Serta Beberapa Produk Pelancongan Di Kawasan Berkenaan Yang Kini Mendapat Sambutan Menggalakkan.


YB Datuk Speaker;


Saya Difahamkan, Akan Ada Projek Sambungan Jalan Persisiran Pantai Dari Kawasan Harbour Club Ke Padang Temu.


Susulan Daripada Itu, Adalah Lebih Elok Jika Jalan Persisiran Pantai Berkenaan Dapat Disambungkan Terus Ke Kawasan Serkam. Justeru, Saya Ingin Mencadangkan Kepada Kerajaan Negeri Dan Persekutuan Supaya Projek Pembangunan Jalan Persisiran Pantai Itu Dipanjangkan Ke Serkam Hingga Merlimau Yang Meliputi Kawasan Sepanjang Kira-Kira 18 Kilometer.


Saya Yakin Dan Percaya, Jika Projek Itu Dapat Diwujudkan Di Persisiran Pantai Serkam, Ia Akan Memberi Banyak Manfaat Kepada Semua Warga Melaka, Khususnya Peniaga Makanan Laut Di Medan Ikan Bakar Yang Terdapat Di Sekitar Persisir Selat Melaka.


Kita Mahu Medan Ikan Bakar Sedia Ada Iaitu Di Medan Ikan Bakar Umbai / Pernu, Perkampungan Ikan Bakar Terapung (PIBT) Umbai Baru, Anjung Batu, Pulai Dan Serkam Lebih Terkenal Lagi Berbanding Sekarang, Sekali Gus Memberi Kemudahakan Untuk Orang Ramai Mengunjunginya.


YB Datuk Speaker;


Seandainya Jalan Itu Dapat Dilaksanakan Di Persisiran Pantai Serkam, Dua Chalet Milik Masyarakat Tempatan Yang Terletak Berhadapan Dengan Pantai Selat Melaka Di Situ Akan Lebih Maju Sekali Gus Meningkatkan Lagi Ekonomi Mereka.


Yakin Dan Percayalah, Rakyat Di DUN Serkam Sudah Pasti Gembira Jika Projek Ini Dapat Diteruskan Ke Dun Ini. Saya Yakin Sokongan Rakyat Di DUN Serkam Kepada Kerajaan Barisan Nasional Tidak Akan Berbelah Bahagi, Khususnya Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Akan Datang.


Justeru, Saya Mengharapkan Agar Kerajaan Mempertimbangkan Projek Berkenaan Dipertimbangkan Demi Kemudahan Dan Kebaikan Semua Pihak Kerana Projek Itu Secara Tidak Langsung Dapat Membangunkan Kawasan Persisiran Pantai Di Kawasan Dun Serkam Yang Sebelum Ini Suram Dalam Bentuk Aktiviti.


YB Datuk Speaker;


Dengan Adanya Jalan Persisir Pantai Itu Juga, Akan Mempergiatkan Lagi Kegiatan Ekonomi Di Kawasan Berkenaan.

Secara Tidak Langsung, Ia Akan Dapat Memeriahkan Lagi Ekonomi Eko-Tourism Berikutan Kewujudan Dua Chalet Di Kawasan Itu, Selain Beberapa Kolam Ternakan Ikan Dan Udang Yang Boleh Menjadi Tarikan Pelancong Menerusi Aktiviti Agro-Tourism.


Sehubungan Itu, YB Datuk Speaker, Saya Memohon Dan Merayu Kepada Kerajaan Persekutuan Dan Negeri, Agar Dapat Mempertimbangkan Sebaik-Baiknya Pembinaan Jalan Persisiran Pantai Yang Bermula Dari Padang Temu Hingga Ke Kawasan Persisiran Pantai Serkam Ini.

Sekian, Terima Kasih.