Rekabentuk blog ini sedang dikemaskini. Akan terdapat perubahan rekabentuk dalam tempoh ini, termasuklah tambahan blogroll. Teruskan mengunjungi blog ini.
SUMBANGAN ARTIKEL DI BLOG INI
SEMUA pengunjung blog ini dialu-alukan untuk menyumbang artikel bagi disiarkan di laman blog ini. Segala sumbangan artikel boleh dihantar kepada saya melalui emel di alamat : ybghazale@gmail.com
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serkam dan Timbalan Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Melaka. Turut diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Dalam politik, diberi amanah sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Jasin. Sebelum ini, pernah berkhidmat di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sebagai Pengarah Bahagian Kesihatan dan Perlesenan.Berazam untuk memberi khidmat terbaik untuk masyarakat di DUN Serkam serta Negeri Melaka keseluruhannya.
An extraordinary opportunity has just become available in the heart of
*Sayulita*, Mexico — a vibrant seaside town known for its surf, art, and
unforget...
ΣΗΜΕΙΩΣΗ ΣΥΝΤΑΚΤΗ: Καθώς προχωράμε στην τελική ευθεία ενόψει του Παγκοσμίου
Κυπέλλου FIFA 2022 στο Κατάρ, ο φίλος μας και ένας άπληστος οπαδός του
ποδοσφαί...
KUALA LUMPUR, Feb 27 2019 (Bernama) -- There is no immediate need to
recalibrate the 2019 Budget following the recent decline of world crude oil
prices, ...
Persidangan Pertama Penggal Kedua, DUN Melaka Ke-12
Tajuk : Projek Jalan Persisir Pantai
YB Datuk Speaker;
Terima Kasih Kerana Memberi Saya Peluang Dan Ruang Untuk Menyampaikan Saya Perbahasan Kali Ini.
YAB. Datuk Seri Ketua Menteri Melaka Serta Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekelian.
Sepertimana Yang Kita Sedia Maklum, Bahawa Projek Pembinaan Jalan Persisir Pantai Kini Sedang Giat Dilaksanakan Di Kawasan Persisiran Pantai Di Jalan Syed Abdul Aziz Ke Kampung Limbongan Sejauh 2.4 Kilometer.
Dengan Siapnya Jalan Berharga RM12.39 Juta Ini, Akan Memudahkan Lagi Perjalanan Dari Utara Ke Selatan Yang Kini Sesak, Khususnya Pada Hujung Minggu.
Saya Yakin, JikaIa Tidak Dibuat Sekarang, Kesesakan Akan Terus Meningkat Terutama Apabila Muara Sungai Melaka, Eye On Malaysia Serta Beberapa Produk Pelancongan Di Kawasan Berkenaan Yang Kini Mendapat Sambutan Menggalakkan.
YB Datuk Speaker;
Saya Difahamkan, AkanAdaProjekSambunganJalanPersisiranPantaiDariKawasanHarbour Club Ke Padang Temu.
Susulan Daripada Itu, Adalah Lebih Elok Jika Jalan Persisiran Pantai Berkenaan Dapat Disambungkan Terus Ke Kawasan Serkam. Justeru, Saya Ingin Mencadangkan Kepada Kerajaan Negeri Dan Persekutuan Supaya Projek Pembangunan Jalan Persisiran Pantai Itu Dipanjangkan Ke Serkam Hingga Merlimau Yang Meliputi Kawasan Sepanjang Kira-Kira 18 Kilometer.
Saya Yakin Dan Percaya, Jika Projek Itu Dapat Diwujudkan Di Persisiran Pantai Serkam, Ia Akan Memberi Banyak Manfaat Kepada Semua Warga Melaka, Khususnya Peniaga Makanan Laut Di Medan Ikan Bakar Yang Terdapat Di Sekitar Persisir Selat Melaka.
Kita Mahu Medan Ikan Bakar Sedia Ada Iaitu Di Medan Ikan Bakar Umbai / Pernu, Perkampungan Ikan Bakar Terapung (PIBT) Umbai Baru, Anjung Batu, Pulai Dan Serkam Lebih Terkenal Lagi Berbanding Sekarang, Sekali Gus Memberi Kemudahakan Untuk Orang Ramai Mengunjunginya.
YB Datuk Speaker;
Seandainya Jalan Itu Dapat Dilaksanakan Di Persisiran Pantai Serkam, Dua Chalet Milik Masyarakat Tempatan Yang Terletak Berhadapan Dengan Pantai Selat Melaka Di Situ Akan Lebih Maju Sekali Gus Meningkatkan Lagi Ekonomi Mereka.
Yakin Dan Percayalah, Rakyat Di DUN Serkam Sudah Pasti Gembira Jika Projek Ini Dapat Diteruskan Ke Dun Ini. Saya Yakin Sokongan Rakyat Di DUN Serkam Kepada Kerajaan Barisan Nasional Tidak Akan Berbelah Bahagi, Khususnya Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Akan Datang.
Justeru, Saya Mengharapkan Agar Kerajaan Mempertimbangkan Projek Berkenaan Dipertimbangkan Demi Kemudahan Dan Kebaikan Semua Pihak Kerana Projek Itu Secara Tidak Langsung Dapat Membangunkan Kawasan Persisiran Pantai Di Kawasan Dun Serkam Yang Sebelum Ini Suram Dalam Bentuk Aktiviti.
YB Datuk Speaker;
Dengan Adanya Jalan Persisir Pantai Itu Juga, Akan Mempergiatkan Lagi Kegiatan Ekonomi Di Kawasan Berkenaan.
Secara Tidak Langsung, Ia Akan Dapat Memeriahkan Lagi Ekonomi Eko-Tourism Berikutan Kewujudan Dua Chalet Di Kawasan Itu, Selain Beberapa Kolam Ternakan Ikan Dan Udang Yang Boleh Menjadi Tarikan Pelancong Menerusi Aktiviti Agro-Tourism.
Sehubungan Itu, YB Datuk Speaker, Saya Memohon Dan Merayu Kepada Kerajaan Persekutuan Dan Negeri, Agar Dapat Mempertimbangkan Sebaik-Baiknya Pembinaan Jalan Persisiran Pantai Yang Bermula Dari Padang Temu Hingga Ke Kawasan Persisiran Pantai Serkam Ini.
SAYA mencadangkan supaya peperiksaan awam bagi anak-anak sekolah dikurangkan. Sekarang, ada tiga kategori peperiksaan awam yang utama iaitu UPSR, PMR, SPM. Memadai dengan dua saja iaitu UPSR dan SPM.
Ia selaras dengan dasar kerajaan menyediakan / menentukan sekurang-kurangnya 11 tahun setiap rakyat Malaysia mesti berada di alam pembelajaran / pendidikan.
Di peringkat UPSR, boleh digunakan untuk menetukan aliran / jenis persekolahan bagi anak-anak dan di peringkat SPM pula, boleh digunakan untuk menentukan aliran / jenis pengajian lanjutan atau jenis pekerjaan bagi anak-anak.
Dengan ini, dapat mengurangkan perbelanjaan menguruskan peperiksaan dan dapat menambah tempoh / jam pembelajaran bagi anak-anak.
SAYA amat-amat bersetuju sekiranya Barisan Nasional (BN) tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil DUN Penanti. Ini selaras dengan saranan kerajaan bahawa pihal raya kecil yang diadakan tanpa sebab dan alasan yang munasabah tidak perlu diadakan.
Walaupun BN sebuah parti yang besar dan parti yang membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan, tetapi tidak jadi masalah jika BN tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya seperti di Penanti.
Mungkin kewibawaan dan maruah BN sedikit tercabar, tetapi mana yang lebih penting, sama ada kepentingan rakyat diutamakan atau hanya kepentingan politik yang nak dijaga.
Rakyat tahu apa yang kerajaan BN buat, selaras dengan motto YAB Perdana Menteri iaitu 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Pada saya, biar pihak-pihak tertentu syok dendiri dengan gelombang populariti murahan yang digerakkan mereka.
SAYA menyokong cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar General (B) Jamil Khir Baharom yang mewujudkan pendekatan Prinsip 6M iaitu Musyatarah (menepati syarat kejayaan) Mua'tabah (menghakis sifat-sifat buruk) Mu'aqabah (mengekalkan tindakan yang benar) Muraqobah (mengawal diri secara berterusan) Muhasabah (menilai diri) dan Muhajadah (bersungguh-sungguh).
Bagi saya, ia sewajarnya disambut baik dan disokong oleh semua pihak dengan hati yang terbuka kerana ia adalah sebagai panduan dan asas pencapaian kepada semua agensi Islam bagi mencapai kejayaan.
Saya percaya, berasaskan prinsip-prinsip ini, kewibawaan, kemantapan dan kecemerlangan agensi Islam dapat dicapai dan semua agensi-agensi yang lain dalam semua aspek, sama ada pengurusan pentadbiran, pengurusan perkhidmatan, pengurusan harta, pengurusan kebajikan dan semua aspek kehidupan ini.
Kalau semua pihak dapat bersama dalam memahami, menjiwai, merealisasi dan melaksanakan dasar-dasar prinsip ini, saya percaya kita semua akan dapat mengembalikan semula kecemerlangan dan kegemilangan Islam seperti terpahat dalam sejarah satu ketika dulu.
SAYA amat bersetuju dengan saranan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa pilihan raya kecil yang diadakan selepas PRU ke-12 tanpa sebab yang menasabah adalah satu pembaziran rakyat dan pembaziran tenaga kerja.
Sepatutnya, wang tersebut boleh dimanfaatkan untuk tujuan dan kepentingan rakyat, khasnya dalam keadaan ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu dan tidak stabil ketika ini.
Sepatutnya, semua pihak perlu memahami keadaan ini dan bersama dengan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara seperti hasrat masing-masing iaitu untuk membela nasib semua rakyat.
Tetapi, nampaknya ada pihak yang cuba memperkuatkan pengaruh mereka dengan memperkudakan isu ekonomi ini bagi menggapai kekuatan mereka tanpa menimbangkan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.
Semua pihak perlu sedar akan agenda pihak-pihak tertentu ini. Mereka tidak memikirkan kepentingan rakyat, tetapi mementingkan matlamat mereka saja.
Tidak perlu diadakan pilihan raya kecil sekiranya kerusi itu dikosongkan sesuka hati saja. Mereka yang diberi kepercayaan dalam pemilihan perlu terus berkhidmat dan atasi segala masalah secara berhemah. Bukannya lari dari masalah dengan meletakkan jawatan semudah-mudanya.
Kejadian banjir kilat telah berlaku di beberapa kampung di DUN Serkam, iaitu Kampung Umbai, Kampung Pulai (temasuk Taman Datuk Ab Aziz dan Perkampungan Pulai Darat), Kampung Tedong, Kampung Paya Tanjung dan Kampung Sempang.
Kejadian itu melibat kira-kira 106 rumah dengan melibatkan 462 mangsa. Saya inginkan menasihatkan semua mangsa supaya bersabar dan membuat laporan polis bagi membolehkan sebarang bentuk bantuan disalurkan oleh kerajaan.
Bagaimanapunm, bantuan segera telah dibuat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada mangsa-mangsa banjir seperti membekalkan makanan masak dan lain-lain bantuan semasa yang diperlukan.
Kesempatan ini, saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mangsa-mangsa banjir seperti Pejabat Daerah Jasin, Majlis Perbandaran Jasin, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua pemimpin masayarakat seperti JKKK, Ketua UMNO Cawangan-cawangan dan pemimpin setempat serta kontraktor-kontraktor yang terdapat dalam DUN yang turut memberikan kerjasama dan bantuan kepada semua mangsa banjir yang terlibat.
SAYA telah ditemubual di stesen radio Melaka FM, pagi tadi (Selasa, 14 April 2009) mengenai pelaksanaan projek pembangunan di DUN Serkam sejak dipertanggungjawabkan untuk berkhidmat di kawasan ini bermula Mac tahun lalu.
Menerusi program temu bual bersama juruhebah Melaka FM, Azahari Mohd Yatim dan Daim Zainuddin itu, saya telah menerangkan mengenai pelaksanaan projek pembangunan seimbang yang telah saya bersama-sama rakan-rakan dalam DUN ini rangka bagi memastikan penduduk merasai nikmat kemajuan yang dikecapi negara ketika ini.
Berikut adalah fakta semasa ditemubual di stesen radio berkenaan.
KAWASAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam mempunyai keluasan kira-kira 46.53 kilometer persegi dengan jumlah penduduknya seramai 26,245 orang. DUN Serkam mempunyai 12 kampung tradisional merangkumi 10 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
PROJEK PEMBANGUNAN
SEJAK diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk memimpin dan mentadbir
DUN Serkam bermula Mac tahun lalu, pelbagai usaha pembangunan dirancang bagi memastikan penduduk pelbagai kaum di kawasan ini merasai bersama nikmat kemajuan yang dikecapi negara.
1. PROJEK PEMBANGUNAN PRODUK PELANCONGAN (HOMESTAY)
SEBAGAI sebuah kawasan yang berpotensi dalam bidang pelancongan, DUN Serkam akan memberi tumpuan kepada produk sedia ada iaitu Homestay. Di DUN Serkam, Homestay Pulai Desaku Permai dikenal pasti sebagai sebuah organisasi paling aktif di negeri ini apabila berjaya menaikkan nama Melaka dan Serkam di peringkat lebih tinggi.
Sejak mula ditubuhkan pada tahun 1997, Homestay Pulai Desaku Permai berjaya menarik lebih 5,000 pelancong dalam dan luar negara termasuk dari Jepun, Australia dan Korea. Terbaru, Homestay Pulai Desaku Permai menerima kunjungan 50 pelajar dari Universiti Malaya serta 40 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang mahu mendalami kegiatan dan cara kehidupan masyarakat kampung.
Sehingga kini, Homestay Pulai Desaku Permai disertai 35 peserta, bukan saja dari Kampung Pulai, malahan juga dari kampung berhampiran seperti Seri Minyak, Umbai dan Serkam Darat.
2. PROJEK PEMBANGUNAN PRODUK PELANCONGAN (IKAN BAKAR)
SEJAJAR dengan populariti Serkam sebagai pusat pengeluar makanan berasaskan makanan laut, Medan Ikan Bakar kini menjadi antara mercu tanda paling gemilang, bukan saja di Melaka, malah di seluruh negara.
Antara paling popular adalah Medan Ikan Bakar Serkam yang mula diwujudkan sejak tahun 50-an hingga kepada pengwujudan Perkampungan Ikan Bakar Terapung (PIBT) di Umbai Baru yang siap dibina pada 2004. Di Serkam saja, terdapat empat medan ikan bakar yang popular iaitu Medan Ikan Bakar Serkam, Medan Ikan Bakar Umbai, Medan Ikan Bakar Anjung Batu dan Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai Baru.
PIBT yang diuruskan anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Melaka Holdings (PMH) adalah paling ramai dikunjungi pengunjung khususnya pada hujung minggu dan cuti umum kerana selain mempunyai pelbagai juadah menarik, lokasinya strategik dan kecekapan pihak pengurusan menyediakan pesanan pelanggan.
Sehubungan itu, satu lagi kawasan yang dikenal pasti berpotensi untuk dibangunkan sebagai medan ikan bakar ialah Pantai Siring di Kampung Pulai.
3. PROJEK PEMBANGUNAN JALAN PERSISIR PANTAI
BAGI mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, selain memberi peluang kepada pengusaha produk makanan di persisir pantai sekitar DUN Serkam, Kerajaan Negeri juga sudah bersetuju untuk membina Jalan Persisiran Pantai yang menghubungkan antara Bandar Melaka ke kawasan ini.
Ketika ini, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan projek terbabit dari Jalan Syed Abdul Aziz ke Kampung Limbongan sejauh 2.4 kilometer. Justeru, jalan sambungan bermula dari Padang Temu hingga ke Merlimau sepanjang kira-kira 8 kilometer akan diteruskan bagi kemudahan semua.
4. PROJEK PEMBANGUNAN KAWASAN PERINDUSTRIAN PRODUK MAKANAN HALAL SERKAM, MELAKA
SATU lagi mercu tanda bagi DUN Serkam ialah kewujudan Kawasan Perindustrian Produk Makanan Halal Serkam, Melaka atau dikenali sebagai Hab Halal.
Sebuah kawasan seluas 127 ekar telah dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) di Serkam untuk tujuan berkenaan. Daripada jumlah keluasan itu, 47 ekar dibangunkan untuk Fasa I, manakala selebihnya iaitu 80 ekar untuk Fasa II.
Selain lot-lot tanah yang ditawarkan, PKNM dengan sokongan peruntukan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) telah mendirikan kilang-kilang kembar dan rumah-rumah kedai untuk disewa oleh syarikat serta inividu yang berminat.
Kawasan Perindustrian Serkam adalah tapak perindustrian pemprosesan produk halal yang terletak dalam kawasan Serkam. Antara insfrastruktur yang disediakan ialah sistem pengaliran yang baik, kolam takungan pencegahan banjir, perkhidmatan telekomunikasi serta bekalan eletrik yang mencukupi.
Industri:Kawasan Perindustrian Serkam
Mukim/Daerah:Serkam, Merlimau, Melaka
Keluasan:127 ekar @ RM10.00 s.k.p
Jumlah Lot:197 Lot
Lot Dijual:15 Lot
Lot Kosong:182 Lot
Dengan gabungan kepakaran, pengetahuan dan kemahiran yang ada, kawasan perindustrian ini akan dapat menarik minat pelabur, pekilang, penyelidik, pembangunan perkhidmatan dan usahawan tekno. Diharapkan pada masa hadapan akan terdapat kilang yang dapat mempelbagaikan keperluan makanan harian di kawasan umum bagi memenuhi permintaan dan kemudahan di samping mengawal kualiti makanan tersebut.
Dengan adanya Hab Halal ini, secara tidak langsung bakal menjadikan Serkam sebagai pusat pengeluar makanan halal terbesar di Negeri Melaka.
5. SERKAM SEBAGAI PENGELUAR TELUR TERBESAR DI MALAYSIA
SERKAM, ketika ini bukan saja terkenal sebagai pengeluar produk makanan berasaskan makanan laut seperti ikan bakar, malahan juga menjadi kawasan ternakan ayam telur serta pengeluar telur ayam terbesar di negara ini.
Pada tahun 2008 saja, industri ayam penelur telah menyumbang sebanyak 2.0 bilion biji telur ayam dengan nilai RM0.6 bilion. Pencapaian ini amat membanggakan dan diharap ia menjadi contoh kepada negeri lain, khususnya dalam bidang ternakan ayam telur seperti ini.
6. PROJEK PEMBANGUNAN KUALA NELAYAN
KERAJAAN Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM15 juta bagi projek pembangunan empat (4) kuala nelayan di sekitar DUN Serkam membabitkan Kuala Umbai, Kuala Pantai Siring di Kampung Pulai, Kuala Serkam Pantai dan Kuala Sempang Pantai.
Daripada jumlah berkenaan, RM6 juta diperuntukkan untukpembangunan Kuala Umbai, RM2 juta bagi pembangunan KualaSempang Pantai, manakala Kuala Pantai Siring dan Kuala SerkamPantai masing-masing diperuntukkan sebanyak RM3.5 juta.
Sehubungan itu, penduduk DUN Serkam berterima kasih kepadaKerajaan Persekutuan, khususnya kepada Perdana Menteri, Datuk SeriNajib Razak dan Kerajaan Negeri Melaka di bawah pimpinan DatukSeri Mohd Ali Rustam yang amat prihatin dengan soal pembangunanmasyarakat nelayan di kawasan ini.
7. PROJEK PEMBANGUNAN RAKYAT
BAGI projek pembangunan rakyat, Kerajaan Persekutuan, melalui Kerajaan Negeri Melaka memperuntukkan berjuta ringgit semata-mata untuk memastikan rakyat dapat hidup dengan selesa di bumi bertuah ini.
Pembangunan itu termasuklah projek bagi kemudahan insfrastrukturasas (PIAS) bernilai RM1.2 juta, membabitkan pembinaan longkangkonkrit, penurapan jalan serta menaik taraf parit sedia ada kepada yanglebih baik bagi mengelakkan kejadian banjir kilat daripada terusmembelenggu masyarakat.
8. PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA
MEMANG tidak dinafikan golongan belia berperanan besar dalamproses pembangunan di kawasan ini. Di DUN Serkam saja, terdapat 11persatuan belia yang aktif dalam pelbagai aktiviti.
Bagi memastikan golongan ini sentiasa diberi perhatian, beberapaaktiviti sedang dilaksanakan dan dirancang. Antaranya ialahPertandingan Bola Sepak DUN Serkam yang diadakan sepanjangtahun. Turut akan diadakan ialah Pertandingan Bola Tampar, BolaJaring dan Sepak Takraw yang akan bermula pada Mei hingga Jun.Semua aktiviti itu akan berlangsung menerusi Kelab Sukan KomunitiDUN Serkam.
9. PROJEK PEMBANGUNAN KEAGAMAAN DAN PENDIDIKAN
BAGI melaksanakan pembangunan secara seimbang, DUN Serkam juga memberi tumpuan kepada aspek pendidikan dan keagamaan. Antara yang ialah membina baru bangunan dua tingkat Sekolah Rendah Agama, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Kampung Tedong bernilai RM1.2 juta.
Selain itu, kerja-kerja menaik taraf bangunan Sekolah Rendah Agama Berangan Enam bernilai RM150,000.00. Turut dinaik taraf ialah Sekolah Rendah Agama Al-Falah, Serkam Timur (RM190,000.00), Masjid Sempang (RM50,000.00), Masjid Paya Tanjung (RM40,000.00) serta Masjid Serkam Darat (RM40,000.00).
Kerajaan, melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) juga menyalurkan peruntukan berjumlah RM680,000 sepanjang tahun lalu bagi melaksanakan projek pembangunan insfrastruktur demi keselesaan penduduk.
10. PROJEK PEMBANGUNAN PERUMAHAN
DALAM sektor perumahan, Serkam kini mempunyai 16 buah tamanperumahan yang dibangunkan pihak kerajaan dan swasta iaitu : -
Taman Panglima Pak di Sempang
Taman Seri Sempang
Taman Seri Serkam
Taman Serkam Jaya
Taman Serkam Baru
Taman Serkam Maju
Taman Koperasi
Taman Pulai Jaya
Taman Datuk Haji Ab Aziz Pulai
Rumah Awam Pulai
Taman Datuk Haji Ab Aziz Pulai Fasa II
Taman Pulai Indah
Taman IKS Pulai /Serkam
Taman Pahlawan
Taman Bukit Tembakau
Taman Balkis di Bukit Tembakau
Bagi menampung permintaan ramai berikutan peningkatan jumlahpenduduk, pihak kerajaan bakal membina 170 unit rumah kos rendahdi Taman Pulai Indah bagi Fasa II tidak lama lagi. Pembinaan itumembabitkan kawasan seluas 12 ekar.
11. PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN
DALAM usaha membasmi kemiskinan, khususnya di DUN Serkam,kerajaan telah menyalurkan bantuan membina rumah di bawah ProgramPembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). UntukDUN Serkam saja, bagi tahun 2008, sejumlah RM600,000.00, membabitkan61 buah rumah. Daripada jumlah itu, 16 unit rumah diluluskan untuk dibina baru, manakala 45 unit lagi diluluskan untuk dibaiki
Sementara itu, sehingga 2 April lalu, kerajaan sudah membelanjakan RM159,000.00 untuk membina 2 rumah PPRT baru dan membaiki 16 rumah.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut membantu masyarakat kurang berkemampuan di DUN Serkam bagi menaik taraf kehidupan mereka. Sehingga bulan ini (April), JKM sudah membantu 664 penerima di DUN Serkam dengan jumlah RM154,030.00 sebulan. Bantuan itu membabitkan Bantuan Am Negeri bejumlah RM39,930.00, Bantuan Am
Persekutuan (RM14,130.00), Bantuan Kanak-Kanak (RM46,550.00), Bantuan Orang Tua (RM51,300.00), Elaun Pekerja Cacat (RM32,100.00), Bantuan O.K.U Terlantar / Pesakit Kronik (RM9,000.00) dan Bantuan O.K.U Tidak Berupaya Bekerja (RM750.00).
Bagi merancakkan lagi usaha pembasmian kemiskinan, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) turut sama-sama membantu golongan kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik di DUN Serkam.
Sepanjang tahun lalu, MAIM meluluskan sebanyak 183 permohonan bantuan, manakala 42 pemohon lagi dibantu untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini (Januari – Mac). Bantuan itu melibatkan 4 kategori iaitu Bantuan Perniagaan, Bantuan Haemodialisis, Bantuan Bulanan dan Bantuan Sukarelawan.
** Terdapat beberapa lagi permohonan masih dalam proses kelulusan.
Bagi Bantuan Fakir / Miskin untuk tempoh sepanjang tahun lalu, seramai 147 permohonan telah diluluskan. Daripada jumlah itu, 55 untuk Bantuan Keluarga Kecil, 2 Bantuan Keluarga Besar, 59 Bantuan Tahunan, 28 Bantuan Am dan 3 Bantuan Projek Usahawan atau Skim Bantuan Rawatan Sakit Buah Pinggang.
Untuk tempoh Januari hingga Mac tahun ini, sebanyak 38 permohonan bagi Bantuan Fakir / Miskin sudah diluluskan. Daripada jumlah itu, 23 untuk Bantuan Keluarga Kecil, 1 Bantuan Keluarga Besar, 7 Bantuan Tahunan dan 7 Bantuan Am.
MAIM, Pejabat Daerah Jasin dan Majlis Perbandaran Jasin juga telah menawarkan pekerjaan kepada 32 golongan miskin di DUN Serkam untuk tahun 2009. Pekerjaan itu membabitkan kerja-kerja pembersihan bangunan awam seperti masjid, surau, balai raya, sekolah dan perpustakaan.